Jaringan internet kembangkan perniagaan, mudah dan cepat

KUCHING: Golongan usahawan digalak beralih menjalankan operasi perniagaan menggunakan internet.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Dato Sri Mohd Naroden Majais berkata, ini kerana ramai sudah memiliki kemahiran asas menggunakan internet.

Katanya, ini termasuk berkomunikasi dan bertukar maklumat melalui internet menerusi telefon pintar dan sebagainya.

“Kita boleh mengiklankan produk, membuat pesanan barang-barang mentah, mengubah iklan produk serta membuat transaksi pembayaran secara talian pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Pembangunan Peniagaan Digital anjuran Yayasan Telekom Malaysia (TM) & TM di TM Sarawak Hub, Jalan Sultan Tengah, di sini, hari ini.

Naroden berkata, penggunaan internet adalah cepat, murah dan mudah jika ada sebarang perubahan terhadap pesanan produk.

Turut hadir Pengurus Besar TM Sarawak, Abdul Rahman Taha, Ketua Unit Perniagaan TM Sarawak, Abdul Bakar Abdul Aziz, Ketua Bahagian Promosi, Kamaluddin Busrah dan Timbalan SME Corp Sarawak, Florence Mawar.