Projek RTP kampung DUN Kabong siap

KABONG: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong keseluruhannya berjumlah RM1.13 juta siap dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, sebanyak lapan projek RTP yang merupakan permintaan penduduk kampung.

“Dua projek itu ialah membina Dewan Serbaguna Tanjung Kembang berjumlah RM300,000 dan naik taraf Pusat Sukan Rakyat, Kabong (RM80,000),” katanya.

Chee Kadir berkata, enam projek yang lain ialah naik taraf jeti, lorong dan jalan di Kampung Metang Desa, Kampung Hulu Laut dan Kampung Sungai Pala berharga RM750,000.