Jualan makanan, minuman sempena Karnival Tanglung dan Kuih Bulan

KOTA PADAWAN : Timbalan Premier Sarawak Prof. Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengambil masa hampir dua jam untuk menyantuni penjaga yang menjual makanan dan minuman di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa dekat sini malam tadi.

Pesta makanan dan minuman yang disertai 140 peniaga itu diadakan sempena Karnival Tanglung dan Kuih Bulan.

Karnival Tanglung dan Kuih Bulan itu bermula Ahad lalu dan akan berakhir 22 September ini.

Sambil bertanya khabar dan berbual-bual dengan peniagaan berkenaan, Prof. Dato Amar Dr Sim turut membeli pelbagai jenis makanan dan minuman di setiap gerai jualan berkenaan.

Selepas itu, Prof Dato Amar Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menikmati juadah yang dibelinya bersama beberapa tetamu dan ketua masyarakat di sekitar Batu Kawa di tapak karnival berkenaan.

Turut serta dalam acara itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Cr Abang Ismawi Abang Ali serta beberapa ketua masyarakat setempat dan ahi-ahli Majlis MPP.