Keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna terima bantuan

SERIAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyalurkan bantuan keseluruhannya sebanyak RM3,000 kepada keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna.

Ini selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri melawat keluarga mendiang di Kampung Engkaroh, di sini, hari ini.

Bantuan melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) terbabit adalah di bawah Skim Pemberian Ehsan, Kit Kanak-Kanak dan Kit Bakul Makanan.

Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberikan sokongan psikologi beserta RM300 Tabung Bantuan Segera kepada keluarga mangsa.

Mendiang antara mangsa tragedi helikopter TLDM di Lumut, Perak, Selasa lalu telah meninggalkan suami, Haslie Ali, 33 dan dua anak iaitu Allesia Felice Haslie,4, dan Hovannes Haslie, 1.