KUCHING: Delegasi Sarawak ke Kongres dan Pameran Air Dunia IWA 2024 mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Waterloo di Toronto, Kanada baru-baru ini.
Delegasi tersebut diketuai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi. Rombongan disambut Vice Canselor Universiti Waterloo Dr Bressma Momani.
Dalam lawatan tersebut delegasi Sarawak telah membincangkan kerjasama dua hala di antara Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Universiti Waterloo.
Ini dalam membantu meningkatkan keupayaan sistem bekalan air Sarawak dengan menyediakan bimbingan tentang teknologi dan ilmu kepakaran kepada kakitangan agensi bekalan air khususnya dalam sektor pengurusan bekalan air.
Turut menyertai lawatan ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Sarawak (Kesihatan Awam & Perumahan),Datuk Michael Tiang dan pegawai kementerian, jabatan dan agensi air Sarawak.
