KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau rapi projek Klinik Pergigian Daro, bagi memastikan tiada berlaku kelewatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, pemantauan secara rapi merangkumi di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.
“Ia dilakukan melalui mesyuarat pemantauan projek, contohnya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurut Hanifah, pada mesyuarat berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan membentangkan status terkini setiap projek dan perbincangan langkan intervensi sekiranya perlu dan pemantauan di lapangan bersama pelbagai agensi.
Selain itu, beliau berkata, KKM juga memantau melalui sistem pemantauan digital iaitu MyProjek bagi megenal pasti status terkini pelaksanaan projek bagi membolehkan tindakan intervensi diambil.
KKM juga akan memastikan bahawa tiada sebarang pindaan atau kerperluan tambahan sepanjang tempoh pelaksanaan projek kerana perubahan skop dan keperluan akan memberi ruang kepada kelewatan projek, tegas beliau.
