Mangsa kebakaran Kampung Pegei terima sumbangan Ahli Parlimen Mukah

MUKAH: Sebanyak tujuh keluarga menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib setelah rumah mereka di Kampung Pegei, di sini, musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Hanifah yang juga Timbalan Menteri Ekonomi menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga, manakala sebanyak RM1,000 kepada sebuah keluarga bukan warganegara Malaysia, secara peribadi, semalam.

Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu mereka memulakan semula kehidupan dan menggesa lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan kewangan atau keperluan asas.

Selain itu, dalam pemeriksaan awal oleh pegawai Pusat Khidmat Parlimen P213 Mukah, didapati sebuah daripada rumah yang musnah layak menerima peruntukan sebanyak RM15,000 bagi kerja-kerja baik pulih.

GAMBAR: N.57 Tellian