LUNDU: Peniaga Bazar Ramadan Majlis Daerah Lundu (MDL) 2025 diingat agarmenitikberatkan aspek kebersihan makanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Pemantauan berterusan penting bagi memastikan persekitaran yang kondusif kepada orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bazar Ramadan MDL 2025 di sini, semalam, membabitkan 65 peniaga.
Hadir sama Pengerusi MDL, Awang Yusup Awang Mostapha, Setiausaha MDL, Norashikin Brahim, Timbalan Pengerusi MDL , Kaunselor Abdul Razak Abdul Wahab dan Mohamad Ismail Redzuan Adon.
