KUCHING: Anak kelahiran Kuching, Nur Azhar Bujang, 39, mengangkat sumpah pelantikan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Menurut kenyataan DUN Sarawak, beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Bangunan DUN Sarawak.
Nur Azhar Bujang mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri dan berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2009 dan Sarjana Muda Undang Undang (Kepujian) pada 2010 daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta ljazah Sarjana Undang Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital di University of Glasgow Scotland.
Beliau merupakan Peguam Kanan Negeri, dan salah seorang barisan peguam mewakili kerajaan Sarawak dalam kes di antara Petronas dan Kerajaan Sarawak dan juga mewakili kerajaan Sarawak dalam rundingan dengan kerajaan Persekutuan.
Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato ldris Buang dan Peguam Besar Negeri Sarawak, Yang Arif Datu Saferi Ali.
