Perjelaskan MA63 pada rakyat, agar nilai kepentingan difahami dengan tepat

KUALA LUMPUR: Kefahaman yang tepat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) penting supaya rakyat tidak tersalah tafsir dan memahami kepentingannya dalam konteks sejarah dan pembangunan. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, MA63 merupakan perjanjian hasil persefahaman antara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. “Perjanjian ini menjadi asas hubungan antara negeri-negeri dan memainkan peranan […]

Sarawak perkenal Lembaga Bangunan Baharu mantapkan industri pembinaan

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Lembaga Bangunan Sarawak (SBB) melalui Rang Undang-undang Bangunan (Pindaan) 2025 bagi memperkemas pengurusan dan meningkatkan profesionalisme industri pembinaan negeri. Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, SBB akan menyelaraskan amalan pembinaan mengikut piawaian semasa serta memastikan keseragaman pelaksanaan di semua pihak berkuasa tempatan. “Dana khas turut disediakan untuk menyokong […]

RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 dilulus

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025, membolehkan penambahan sehingga empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). RUU tersebut dibentang oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, selepas mendapat perbahasan daripada 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Menurut […]

Kabinet lebih besar, tumpuan lebih tepat untuk Sarawak

KUCHING: Penambahan bilangan menteri dalam kabinet negeri dilihat sebagai satu pelaburan penting bagi memastikan sektor-sektor strategik di Sarawak dapat diurus dengan lebih mendalam dan berkesan. Ini seiring perkembangan ekonomi negeri yang semakin dinamik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, penambahan itu bukan isu saiz semata-mata, sebaliknya langkah memperkukuh kapasiti pentadbiran […]

RUU Perlembagaan Negeri Sarawak: Penuhi keperluan jangka panjang

KUCHING: Pindaan ke atas Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 adalah tepat pada masanya, strategik dan sangat penting. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi berkata, pindaan RUU itu akan mengukuhkan susunan tadbir urus kerajaan, menyokong aspirasi pembangunan jangka panjang Sarawak dan meningkatkan keupayaan Kerajaan Sarawak. RUU itu padat dan memberi impak […]

Sistem tadbir urus lebih cekap, mesra rakyat

KUCHING: Pindaan ke atas Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 bertujuan mewujudkan sistem tadbir urus lebih berkesan dan menjadikannya bersifat mesra rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad berkata, ia adalah perlu dan merupakan langkah strategik untuk memastikan sistem tadbir urus Kerjaaan Sarawak sejajar dengan tahap perkembangan politik, ekonomi dan tuntutan pembangunan. […]

Peluasan kabinet bantu kukuhkan agenda pembangunan, demi kesejahteraan rakyat

KUCHING: Pengukuhan semula struktur Kabinet Sarawak dilihat penting bagi memastikan setiap kementerian dipandu dengan fokus yang lebih terarah serta kepimpinan yang mampu melaksanakan dasar secara lebih berkesan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, ketika ini, Kabinet beroperasi dengan formula 10 tambah satu, sedangkan jumlah kementerian melebihi bilangan menteri penuh. “Akibatnya, ada […]

Penambahan anggota kabinet Sarawak cerminkan kepelbagaian pandangan, idea

KUCHING: Seorang wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengalukan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 bagi menambah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pindaan ini secara asasnya memberikan kuasa kepada Yang Di-Pertua Negeri, bertindak atas nasihat Premier Sarawak untuk melantik sehingga maksimum empat […]

Sarawak perlukan kabinet lebih besar, urus pentadbiran moden

KUCHING: Sarawak memerlukan kabinet yang lebih besar dan fleksibel untuk mengurus pentadbiran moden. Dayang Noorazah Awang Sohor (Lingga-GPS) menegaskan struktur Kabinet Sarawak yang sedia ada, dengan had maksimum 10 menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Artikel 6(3) Perlembagaan, sesuai pada zaman 1960-an, namun kini tidak lagi relevan dengan tanggungjawab pentadbiran dan ekonomi negeri yang semakin kompleks. “Dengan […]

Inisiatif kesihatan, peruntukan RM50 juta manfaatkan 100,000 warga emas

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meneruskan program bantuan kesihatan bersasar pada 2026 sebagai sebahagian agenda sosial negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara inisiatif yang diteruskan ialah manfaat kesihatan warga emas. “Rawatan pesakit luar tanpa tunai di klinik panel sehingga RM500 setahun bagi isi rumah berpendapatan RM7,000 ke […]