Pindaan RUU Perlembagaan Negeri buka lembaran baharu
KUCHING: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 disifatkan sebagai langkah berani dan kritikal untuk memperkasa jentera pentadbiran negeri yang semakin kompleks. Mohamad Duri (Kalaka-GPS) ketika membahaskan RUU tersebut pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19 hari ini, menegaskan pindaan itu bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah pentadbiran negeri. Menurutnya, keperluan menambah […]
Cadangan anggota kabinet ditambah mampu tingkatkan keberkesanan pentadbiran
KUCHING: Cadangan penambahan bilangan anggota dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dilihat mampu meningkatkan keberkesanan pentadbiran serta memberi tumpuan khusus kepada sektor pembangunan yang semakin meluas. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 merupakan langkah penting bagi menyesuaikan struktur pentadbiran […]
Belanjawan Sarawak 2026 RM12.9 bilion
KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Srawak (GPS) hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM12.9 bilion untuk tahun 2026. Premier Sarawak merangkap Menteri kewangan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang membentangkan belanjawan itu berkata, daripada jumlah itu sejumlah RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dengan hasil pendapatan diunjurkan berjumlah […]
Premier perjelaskan kedudukan sah MA63, perlu dihormati
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mempunyai kedudukan yang sah dan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menjadikannya asas penting pembentukan negara. Beliau berkata, pindaan terhadap Perkara 1(2) serta penambahan rujukan tepat kepada MA63 dalam Perkara 160 membuktikan bahawa perjanjian itu telah diperincikan dalam kerangka […]
Fadillah ajak Armada Pemuda jadi benteng pucuk kepimpinan Premier, Parti PBB
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Fadillah Yusof, mengajak seluruh Armada Pemuda Parti PBB supaya sentiasa menjadi benteng paling hadapan dalam mempertahankan parti dan pucuk kepimpinan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Dalam rakaman ucapan ringkas yang ditayangkan di paparan […]
Kenyataan Zaid tidak berasas, tidak bertanggungjawab – Fazzrudin
KUCHING: Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman mengecam keras kenyataan bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim, yang didakwa menghina kedudukan Sabah dan Sarawak serta mempertikaikan asas pembentukan Malaysia. Dalam satu kenyataan, Fazzrudin menyifatkan pandangan Zaid sebagai “sangat menyinggung perasaan, tidak berasas, dan amat tidak bertanggungjawab”. “It is a sad day for […]
Sarawak ambil inisiatif naik taraf bekalan elektrik kepada tiga fasa
SEBUYAU: Bekalan elektrik di Sarawak bakal dinaik taraf susulan peningkatan penggunaan tenaga elektrik di seluruh negeri, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurut beliau, perubahan gaya hidup dan perkembangan ekonomi di luar bandar menuntut sistem elektrik yang lebih stabil dan mencukupi. Abang Johari mengimbau bahawa pada tahun 1979, kebanyakan penduduk […]
Sarawak luluskan peruntukan RM150 juta naik taraf bekalan elektrik Samarahan
SEBUYAU: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM150 juta bagi pelaksanaan projek naik taraf bekalan elektrik di Bahagian Samarahan. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek ini merupakan satu inisiatif strategik untuk meningkatkan kapasiti kuasa bekalan elektrik di Bahagian Samarahan dengan menggunakan teknologi Medium Voltage Covered Conductor (MVCC). “MVCC ialah sistem kabel voltan […]
Sarawak teliti dasar jadi negeri mesra warga emas
KUCHING: Kerajaan Sarawak mempunyai matlamat untk menjadikan Sarawak sebagai negeri yang mesra warga emas. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti juga sedang meneliti pelaksanaan Dasar Warga Emas Negeri Sarawak. Katanya, ini membolehkan dasar itu lebih menyeluruh dan responsif terhadap keperluan semasa […]
Sarawak berada landasan kukuh bangunkan makanan ternakan
LUBOK ANTU: Lubok Antu Palm Oil Mil (LAPOM) mampu memproses kira-kira 30,000 metrik tan isirung kelapa sawit setahun dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan ternakan berasaskan komoditi itu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata, pencapaian itu meletakkan Sarawak pada landasan kukuh untuk membangunkan rantaian makanan ternakan yang […]
