Timbalan Premier hadiri Mesyuarat Tanah Negara

PUTRAJAYA: Sarawak melalui Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-82, hari ini. Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak II mewakili Premier Sarawak ke mesyuarat itu di Jabatan Perdana Menteri, di sini. Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu […]

DBOS perkukuh komitmen Sarawak, Islamic Banking Window dilancar

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan rasa gembira atas satu lagi pencapaian Bank Pembangnan Sarawak (DBOS) yang melancarkan Islamic Banking Window. Beliau berkata, perbankan bercirikan Islam DBOS itu berpandu peraturan Syariah, menjunjung nilai-nilai kesaksamaan, keadilan, tanggungjawab sosial dan integriti. Sektor kewangan Islam global menyaksikan pertumbuhan meyakinkan dalam era pasca […]

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak biayai projek Klinik Kesihatan Spaoh

SPAOH: Klinik Kesihatan Spaoh menjadi projek pertama di Sarawak yang dibangunkan melalui pembiayaan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, sekali gus menunjukkan komitmen kedua-dua pihak dalam menaik taraf perkhidmatan kesihatan luar bandar. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek bernilai RM41.6 juta itu dibiayai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pembangunan Bahagian […]

Pelajar harus berani, bersedia hadapi cabaran peluang kerjaya

SIMUNJAN: Pelajar disaran memilih laluan pendidikan yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan semasa khususnya dalam sektor tenaga baharu dan ekonomi digital. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, pada masa sama pelajar perlu berani, berwawasan dan bersedia menyahut peluang kerjaya selari dengan aspirasi Sarawak menuju wilayah maju menjelang 2030. Katanya, Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai […]

RM15.28 juta untuk EPOKU di Sarawak

KUCHING: Sarawak mempunyai seramai 3,477 Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima Elaun Pekerja OKU (EPOKU) setakat Oktober 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata ini melibatkan elaun berjumlah sebanyak RM15.28 juta. “Elaun RM450 ini sangat membantu golongan OKU berpendapatan rendah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Disability Equality Training (DET) […]

Malaysia wujudkan jaringan kuasa, perkukuhkan Grid Tenaga ASEAN

KUCHING: Malaysia mengambil langkah proaktif dalam memperkukuh kerjasama tenaga di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) melalui penambahbaikan Memorandum Persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, Malaysia mewujudkan jaringan kuasa bersama dengan tiga negara ASEAN iaitu Thailand, Singapura dan Laos. Dalam sektor perniagaan tenaga pula katanya, antara yang telah […]

ATM, UNIMAS laksana projek keusahawanan madu kelulut

KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan Projek Keusahawanan Madu Kelulut dengan kerjasama Pusat Kelestarian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ini melalui Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) sebagai inisiatif memperkasa ahli BAKAT dengan kemahiran menjana pendapatan berasaskan produk semula jadi dengan diterajui oleh Ketua Projek, Profesor Dr. Zainab Ngaini, seorang penyelidik berpengalaman bidang inovasi produk dan […]

AIFFA simbol perpaduan ASEAN

KUCHING: Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) menjadi simbol perpaduan negara ASEAN serta penghargaan terhadap kekuatan kreativiti serantau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, AIFFA kini berkembang melebihi festival tontonan filem yang menjadi platform untuk menggalakkan kerjasama serantau. Ia menonjolkan industri yang bukan sahaja menghiburkan jutaan penonton, tetapi juga menyumbang […]

TVET mampu lahirkan tenaga mahir, penuhi keperluan industri moden

SIMANGGANG: Karnival TVET Sarawak 2025 anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) membuka tirai dengan penyertaan lebih 50 agensi kerajaan dan swasta, sekali gus menjadi platform penting dalam memacu pembangunan bakat teknikal terbesar di negeri ini. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Amanah TEGAS, Datuk Len Talif Salleh […]

Masalah kanak-kanak tanpa dokumen diatasi, koordinasi bersama agensi bakal diadakan

KUCHING: Kerajaan memberi jaminan untuk menangani masalah kanak-kanak tanpa dokumen di Sarawak secara lebih teratur supaya mereka tidak ketinggalan menikmati pendidikan dan perkhidmatan asas. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, satu sesi koordinasi bersama kementerian serta agensi berkaitan akan diadakan dalam masa terdekat bagi menilai situasi sebenar dan memperbaiki kelemahan dalam sistem sedia […]