Program Rhythm tingkatkan kesejahteraan warga emas, OKU

KUCHING: Program Ritma Kehidupan Harmoni (Rhythm) mensasarkan seramai 6,500 peserta Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi program sukarelawan itu meningkatkan kesejahteraan peserta.

“Ia melalui 133 program masing-masing membabitkan Sihat Warga Emas, program Terapi OKU, dan enam siri Seminar Penjagaan meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Ritma Kehidupan Harmoni (Rhythm)
dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak di sini, hari ini.

Nancy berkata khusus untuk Sarawak, sebanyak 12 Program Sihat Warga Emas, 10 Program Terapi OKU serta seminar penjagaan dan terapi akan dilaksanakan.

“Saya difahamkan seramai 400 m peserta m terdiri daripada Warga Emas, Belia dan Sukarelawan
menyertai program pada hari ini,” tambahnya.