Daftar Kad Emas Kenyalang guna platform SarawakPass

KUCHING: Dasar Penjagaan Warga Emas akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di bawah khidmat sosial, kesihatan, inovasi dan pembangunan sumber manusia. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dasar itu adalah untuk merealisasikan wawasan Premier Sarawak melahirkan warga emas yang berdaya tahan, penuh kasih sayang dan Sarawak yang mampan […]

Rombongan Setiausaha Kerajaan Sarawak tinjau kebajikan penuntut, asrama kenyalang

KAHERAH, Mesir: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak mengetuai lawatan kerja Yayasan Sarawak dan Majlis Islam Sarawak (MIS) ke Mesir bagi meninjau kebajikan penuntut Sarawak serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Mesir. Lawatan kerja rasmi mulai 27 hingga 30 Oktober itu merangkumi tinjauan ke Asrama […]

Pembangunan infrastruktur Sichuan contoh terbaik

CHENGDU (China): Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mengetuai rombongan dari Sarawak mengadakan lawatan kerja rasmi ke Chengdu, China, hari ini menghadiri taklimat di pejabat Jabatan Pengangkutan Wilayah Sichuan. Taklimat disampaikan Timbalan Pengurus Besar Jabatan Pengangkutan Wilayah Sichuan, Wang Maokui dan pengarah beberapa bahagian kejuruteraannya. Dalam satu kenyataan di sini, Uggah menzahirkan […]

Sarawak tubuh Pusat Kajian Universiti Teknologi Swinburne

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan tapak seluas 15 ekar bagi pembangunan pusat kajian Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, dalam usaha menjadikan wilayah ini hab penyelidikan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tinggi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan pusat ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memproses sumber-sumber Sarawak […]

Limbang, Lawas berpotensi pusat tanaman padi komersial

LAWAS: Kawasan di utara Sarawak khasnya Limbang dan Lawas berpotensi dijadikan pusat penanaman padi secara komersial sebagai usaha meningkatkan ekonomi penduduk. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kawasan yang dirancang antaranya Merapok, Sundar, Trusan, Long Semadoh, Bakelalan serta beberapa kawasan lain yang berpotensi. Selain itu katanya, Limbang dan Lawas bakal dijadikan […]

Pelajar, guru Singapura lawat TEGAS Digital Village

​KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menyambut lawatan seramai 38 pelajar dan guru dari St. Andrew’s Secondary School, Singapura di TEGAS Digital Village (TDV), di sini, hari ini. Menurut kenyataan TEGAS, lawatan mereka ke hab inovasi utama Sarawak terbabit untuk pendedahan kepada ekosistem teknologi dan kreativiti Borneo. ​Selain itu kunjungan ini merupakan tindak balas […]

Dagangan Sarawak-Brunei berkembang, cecah RM3.39 bilion

BANDAR SERI BEGAWAN: Hubungan dagangan antara Sarawak dan Brunei Darussalam terus berkembang kukuh dengan merekodkan RM3.39 bilion nilai dagangan pada 2024, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur terhadap potensi negeri ini di peringkat serantau dan antarabangsa. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jumlah tersebut menunjukkan hubungan ekonomi yang semakin dinamik antara Sarawak dan […]

Wujudkan program khas bantu pelajar lepasan STPM

KUCHING: Program khas bagi membimbing pelajar Tingkatan Enam perlu diwujudkan untuk menentukan hala tuju kerjaya sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata program itu penting agar pelajar memilih bidang yang menepati keperluan pasaran kerja dan agenda pembangunan negeri. […]

Sarawak pelajari pendekatan teknikal, strategi pelaksanaan infrastruktur kawasan berbukit

CHENGDU: Kerajaan Sarawak melangkah ke hadapan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur apabila delegasi diketuai Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengadakan lawatan rasmi ke Chengdu, China, baru-baru ini. Lawatan tersebut membuka ruang kepada Sarawak untuk mempelajari pendekatan teknikal dan strategi pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar yang dilaksanakan di kawasan berbukit serta bergunung di China. Delegasi […]