Dewan Lama Persatuan Chung Hua Lundu bakal dibina semula

LUNDU: Kerajaan Sarawak meluluskan Projek Rakyat membabitkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi pembinaan semula Dewan Lama Persatuan Chung Hua Lundu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan sehubungan itu menzahirma. terima kasih kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak yang meluluskan permohonan itu. “Harapan saya agar dewan baharu nanti masih […]

Benteng Sungai Simunjan dibina baharu, guna teknologi kejuruteraan BIM

SIMUNJAN: Teknologi kejuruteraan moden Building Information Modeling (BIM) akan digunakan bagi membina benteng baharu di Sungai Simunjan sebagai usaha mengatasi masalah hakisan tebing yang semakin serius. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu adalah kesinambungan daripada inisiatif terdahulu yang tidak mencapai keberkesanan disebabkan […]

Projek jalan baharu di Saratok sudah dilulus

SARATOK: Projek pembinaan jalan perhubungan baharu daripada Rumah Panjang Senyawan ke jalan masuk Saratok di sini yang sudah dilulus dijangka ditender Disember ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek itu melibatkan kos sebanyak RM38.5 juta telah diluluskan dalam mesyuarat 30 September lalu dan akan ditender oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Katanya, […]

Kaunseling, bimbingan sosial fokus JKM bantu mangsa tekanan emosi – Nancy

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa bersiap sedia untuk memberi bantuan kepada mereka yang mengalami tekanan emosi bagi memastikan sokongan segera dan berkesan dapat disampaikan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menjelaskan, kaunseling dan bimbingan sosial menjadi fokus JKM, selain menghubungkan mangsa dengan bentuk bantuan lain yang sesuai mengikut situasi masing-masing. […]

Taman Arkeologi Santubong, Pusat Wallace mercu tanda baharu Santubong

KUCHING: Taman Arkeologi Santubong dan Pusat Wallace yang dibuka secara rasmi hari ini, menandakan usaha Kerajaan Sarawak memartabatkan warisan sejarah negeri serta menjadikannya tarikan pelancongan bertaraf dunia. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kedua-dua pusat ini bakal menjadi mercu tanda baharu di Santubong. Malah, ia lahir daripada […]

Projek mega infrastruktur asas, kesihatan di Limbang

LIMBANG: Projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi daerah ini diunjurkan mencecah lebih RM1 bilion. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek-projek mega ini melibatkan infrastruktur asas dan kesihatan. “Ia melibatkan projek infrastruktur asas, hospital, poliklinik dan juga bangunan pakar Hospital Limbang,” katanya. Beliau […]

Jalan Santubong dinaik taraf, sedia akses lebih tersusun, sistematik

KUCHING: Jalan Santubong di sini akan dinaik taraf kepada dua lorong bagi memperkukuh jaringan jalan raya sekali gus merangsang pembangunan pelancongan di kawasan tersebut. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut akan dilaksanakan dalam tiga fasa merangkumi jajaran dari Wisma Adenan Satem hingga ke Damai. “Jalan Santubong pada masa […]

Rancangan jadikan Tanjung Sebekut pusat pengeluaran padi

BETONG: Kerajaan Sarawak merancang menjadikan Tanjung Sebekut, Spaoh sebagai salah sebuah pusat pengeluaran padi utama negeri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah. Beliau berkata, dengan sasaran dua kitaran tanaman setahun, menggunakan teknologi moden termasuk sistem saliran dan pengairan yang lebih efisien. Douglas merangkap ADUN Bukit Saban menekankan bahawa kejayaan projek itu bergantung kepada […]

Sasaran 5 juta pelancong boleh dicapai, resit melebihi RM1 bilion setiap bulan – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak optimis mencapai sasaran lima juta pengunjung tahun ini selepas merekodkan prestasi cemerlang dalam sektor pelancongan dengan kutipan resit melebihi RM1 bilion setiap bulan sejak Januari lalu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, rekod itu sekali gus memberi manfaat kepada industri hospitaliti termasuk hotel, restoran […]

SOPMA: Sarawak umum insentif khas atlet menang – Premier

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian insentif khas kepada atlet yang meraih kejayaan dalam Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) tahun ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan tersebut sebagai usaha menghargai pencapaian atlet dan pada masa sama memberi motivasi kepada mereka agar terus cemerlang dalam bidang sukan. “Saya tadi […]