Sarawak pacu usaha capai visi ekonomi hijau di WEF Tianjin

TIANJIN: Sarawak meneruskan usahanya dalam memacu visi industri hijau ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) New Champions 2025 yang berlangsung di Tianjin, China. Menurut kenyataan media Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) hari ini, delegasi kerajaan negeri diketuai Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi […]

Matematik bahasa universal

SAMARAHAN: Semua pelajar harus menjadikan Matematik sebagai teman setia dalam pengembaraan ilmu, nasihat Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Beliau berkata, pelajar tidak perlu takut kepada nombor, sebaliknya anggaplah Matematik sebagai bahasa universal yang membuka pintu kepada inovasi, teknologi dan masa depan yang cerah. “MEITD komited memperkasa […]

141 penerima terima pingat dan darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran negeri, di Astana Negeri, di sini, hari ini. Keseluruhan seramai 141 penerima pingat dan darjah menerimanya bermula dengan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada sembilan penerima yang didahului Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Awang […]

Sasaran 100 peratus semua sekolah tubuhkan Kelab PALS

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmen terhadap pendidikan kelestarian apabila memperuntukkan pelaburan sebanyak RM13.7 juta tahun lalu bagi memperluas penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) di semua sekolah negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif itu bukan sahaja menyasarkan pembentukan generasi muda yang lebih prihatin terhadap alam sekitar. Malah, […]

Sidang Khas 7 Julai mungkin bincang persempadanan semula kawasan DUN, Parlimen

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengesahkan beliau belum menerima sebarang Rang Undang-Undang (RUU) untuk dibentangkan dalam persidangan khas DUN yang dijadual berlangsung pada 7 Julai ini. Menurut beliau, walaupun kandungan mesyuarat masih belum dimuktamadkan, notis rasmi telah dikeluarkan kepada semua Ahli Dewan mengikut ketetapan yang […]

JTS Bahagian Samarahan serah sumbangan CSR

SAMARAHAN: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Samarahan menyampaikan cek Sumbangan Tanggungjawab Korporat (CSR) keseluruhan bernilai RM90,000 di Pejabat Daerah Sebuyau, di sini, hari ini. Menurut kenyataan JTS Sarawak, sebanyak lima kampung dan empat sekolah menerima sumbangan terbabit yang masing-masing bernilai RM10,000. Penerima ialah Kampung Baru Sebuyau, Kampung Baru Hilir Sebuyau, Kampung Hulu Sebuyau, Kampung […]

Hubungan dagangan Sarawak, Wilayah Utara Australia dipertingkat

KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengalu-alukan kedatangan Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asian dan Menteri Pendidikan Antarabangsa, Migrasi dan Penduduk Wilayah Utara Australia, Robyn Cahill yang mengadakan kunjungan rasmi ke negeri ini mulai hari ini hingga 26 Jun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyambut kedatangan Robyn Cahill yang turut ditemani […]

STPM: 12 sekolah menengah catat keputusan cemerlang

KUCHING: Sejumlah 12 sekolah menengah di Sarawak mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 3.00. Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, sekolah-sekolah terbabit ialah SMK Sacred Heart, SMK Chung Hua, SMK Bandar Sibu, SMK Rosli Dhoby, SMK Methodist dan SMK Tung Hua, masing-masing […]

Keputusan STPM Sarawak menurun

KUCHING: Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memperkukuh minat pelajar menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Sarawak mencatatkan penurunan. Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli ketika mengulas perkembangan itu berkata, penurunan tersebut mendorong pihaknya untuk menyemak semula pendekatan sedia ada dan mengenal pasti punca utama yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi […]

Sarawak lancar Sistem I-Syariah, pelopori sistem kehakiman moden

KUCHING: Sarawak melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital apabila melancarkan Sistem I-Syariah sebuah platform pintar yang mengintegrasikan semua maklumat berkaitan kehakiman syariah di negeri ini. Pelancaran sistem berkenaan disempurnakan sempena Konvensyen Syariah Kebangsaan Sarawak (KoSKES) 2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini, yang turut meraikan sambutan 70 tahun penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS). […]