UNIMAS laksana pembelajaran hibrid fleksibel mulai September ini

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran hibrid secara berperingkat bagi program prasiswazah dan pascasiswazah yang layak, bermula semester September 2026. Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, pendekatan itu menggabungkan pembelajaran dalam talian dengan penglibatan akademik di kampus, mengikut keperluan setiap program. “Pengajaran dan pembelajaran hibrid membolehkan UNIMAS […]

KKM terus perkasakan bakal tenaga kesihatan negara

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Hanifah Hajar Taib mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kejururawatan Sibu semalam, sekali gus membuka tirai Jelajah Kesihatan Borneo (JKB) Siri 4. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan Pengarah ILKKM Kejururawatan Sibu, Noriha Isnawi, mengenai program latihan yang ditawarkan. Selain itu, kemudahan sedia ada […]

Paip graviti selesaikan masalah airb Rumah Rose

JULAU: Penduduk Rumah Rose Banyun, Sungai Gerugu, Ulu Sengaih kini tidak lagi berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih selepas projek paip graviti siap dilaksanakan. Projek bernilai RM100,000 berkenaan melegakan penduduk rumah panjang terbabit yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada sumber air yang tidak menentu bagi memenuhi keperluan harian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Dato […]

Penambahan kerusi DUN penuhi keperluan pembangunan

MUKAH: Cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya serta pertukaran nama beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu dilihat dari sudut memperkemaskan sistem perwakilan supaya lebih dekat dengan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, beliau menyambut baik perkembangan tersebut kerana ia mampu memenuhi keperluan pembangunan. Katanya, penambahan 17 kerusi berkenaan wajar […]

Sarawak, China terokai peluang kerjasama pelbagai bidang

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xing Weiping di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini. Kunjungan tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan berhubung pelbagai perkara berkepentingan bersama, di samping membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan sedia ada. Pertemuan berkenaan […]

SIRIM bantu syarikat Sarawak tembusi industri tenaga

KUCHING: SIRIM membantu syarikat Sarawak memenuhi piawaian dan keperluan teknikal bagi membuka akses kepada pasaran lebih besar, khususnya dalam sektor tenaga. Timbalan Menteri (Utiliti dan Telekomunikasi) Sarawak, Datuk Ibrahim Baki berkata, keperluan teknikal kini semakin mempengaruhi akses pasaran dan daya saing perniagaan. “Bagi Sarawak, perkara ini amat relevan memandangkan industri kita semakin berkembang dan lebih […]

Sarawak tampil bakat baharu Para SUKMA Selangor 2026

KUCHING: Kontinjen Sarawak menampilkan gabungan bakat baharu dengan atlet sedia ada semasa Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata persiapan pasukan dilakukan lebih setahun termasuk mengenal pasti bakat baharu terbabit. “Pengurus dan jurulatih mengenal pasti bakat baharu serta menggabungkannya dengan atlet sedia ada […]

Persempadanan semula kawasan pilihan raya setiap 10 tahun

KUCHING: Persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilaksanakan setiap 10 tahun bagi mengambil kira pertambahan penduduk dan perubahan kawasan. Naib Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Ibrahim Baki berkata, perkara itu merupakan proses biasa yang perlu dilakukan mengikut perubahan demografi. “Setiap 10 tahun kita perlu membuat persempadanan semula kawasan kerana jumlah penduduk semakin […]

SPR syor tambah 17 kerusi DUN Sarawak

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kerusi meningkat daripada 82 kepada 99. Cadangan itu dikemukakan menerusi kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri di Sarawak bagi 2026 dalam notis yang dikeluarkan, hari ini. “Antara 17 kerusi DUN baharu yang dicadangkan […]

Jerebu: Sarawak pantau penyakit, bekalan ubatan mencukupi

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang memantau dengan rapi kesan jerebu terhadap kesihatan orang ramai di seluruh Sarawak. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, ini melalui Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Kesihatan Sarawak. Beliau mendedahkan Jabatan Kesihatan Sarawak […]