Jati diri belia diperkasa menerusi sukan, kepimpinan

KUCHING: Sebanyak 164 pasukan membabitkan 4,100 pemain dan pegawai dari seluruh Sarawak bakal berentap dalam PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) dan PETRONAS Youth Football Champions League (PYFCL) 2026, sekali gus menjadikan edisi kali ini terbesar sejak diperkenalkan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pasukan yang bersaing […]

KPWK Sarawak tambah baik sistem penyampaian bantuan ibu bersalin

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak akan terus memantau kelewatan dialami sebahagian penerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) disediakan Kerajaan Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, BIB sebanyak RM450 tunai kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak itu bagi membantu keperluan ibu semasa tempoh […]

Geran MRP manfaatkan 33 penerima di Daro

DARO: Seramai 33 penerima menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro berjumlah RM157,000 bagi menyokong pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak dan aktiviti kemasyarakatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr. Safiee Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 26 penerima terdiri daripada Tadika KEMAS di kawasan DUN Daro, manakala tujuh lagi pertubuhan […]

BIHAS 2026 pentas pelancaran Pelan Pembangunan Industri Halal Sarawak 2026-2030

KUCHING: Borneo International Halal Showcase (BIHAS) 2026 bakal menjadi platform penting dalam memperkukuhkan pembangunan industri halal Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Pelan Pembangunan Industri Halal Sarawak 2026–2030 akan dilancarkan Premier Sarawak pada 21 Julai ini di Hotel Waterfront, di sini. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu […]

Simpanan KWSP kunci kesejahteraan hari tua

KUCHING: Semua pekerja di negeri ini dinasihati supaya mengutamakan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina dana simpanan mencukupi demi masa depan selesa dan sejahtera. Timbalan Pengarah KWSP Wilayah Sarawak, Irma Jalil berkata, simpanan KWSP boleh dijadikan perbelanjaan menyara kehidupan apabila sudah bersara kelak. Sehubungan itu katanya, setiap pekerja digalak memiliki simpanan minima […]

Projek bina Pusat Kanser Sarawak dijangka awal tahun depan

KOTA SAMARAHAN: Pembinaan Pusat Kanser Sarawak bernilai lebih RM1 bilion dijangka bermula pada awal tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, pembinaan itu sekali gus memperkukuhkan kemudahan rawatan kanser di negara ini sebagai pusat rawatan moden kedua selepas Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya. Katanya, projek itu akan dibangunkan […]

Penyerahan sementara bahan warisan Kerajaan Lingga-Banting milik TYT bagi pembuatan replika

KUCHING: Bahan warisan Kerajaan Lingga-Banting milik peribadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diserahkan sementara kepada Jabatan Muzium Sarawak, di sini, hari ini. Penyerahan sementara itu bagi tujuan pembuatan salinan dan replika bahan warisan berkenaan yang sebahagian inisiatif pemeliharaan serta pendokumentasian khazanah sejarah tinggi nilai warisan. Ini sekali gus memastikan […]

Tadbir urus baik jadikan koperasi Sarawak contoh terbaik pembangunan pelancongan

KUCHING: Pergerakan koperasi disaran memanfaatkan teknologi digital, memperkukuhkan pemasaran dalam talian, menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai seperti SPAY Global serta mengaplikasikan sistem pengurusan data pelawat yang lebih sistematik. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah ini akan meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pelawat, sekali gus memperkukuh daya saing destinasi. Dengan tadbir […]

Jambatan Sejingkat bakal beri sinar baharu kepada 56,000 penduduk

KUCHING: Demak Laut dijangka muncul sebagai hab pembangunan baharu menerusi pelaksanaan projek jambatan dan infrastruktur yang bakal memberi manfaat kepada lebih 56,000 penduduk. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, beliau mewakili penduduk Demak Laut, Petra Jaya dan Kuching merakamkan […]

Jambatan Sejingkat dijangka siap Oktober depan

KUCHING: Jambatan Sejingkat sepanjang 1.2 kilometer (km) di sini dijangka siap menjelang Oktober tahun ini, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan,. Datuk Aidel Lariwoo. Beliau berkata, berdasarkan kemajuan yang dicapai setakat ini, jambatan terbabit akan siap mendahului jadual. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada laluan pertama projek Jalan Utama Kedua yang menghubungkan Sejingkat, Kuching ke […]