Tiga projek mega Cahya Mata Sarawak bakal lonjakkan pertumbuhan ekonomi

KUCHING: Tiga projek mega yang dilaksanakan oleh Cahya Mata Sarawak di negeri ini apabila siap kelak akan memberi impak ketara kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak dan masyarakat sekeliling. Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib berkata, tiga projek terbabit ialah membina loji Klinker baharu di Mambong, Pusat Persidangan Borneo Kuching 2 dan […]

Pusat pembangunan varieti benih di Sarawak

KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih Nasional Borneo dicadang diwujudkan di Sarawak. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee mencadangkan pusat terbabit bagi membangunkan varieti benih padi dan jagung yang sesuai dengan geografi Sarawak dan mengurangkan kebergantungan terhadap import benih. “Untuk menjadikan Sarawak penyumbang utama kepada daya tahan makanan negara, kita mesti mengurangkan kebergantungan terhadap […]

Kesihatan, pendidikan antara dibangkit Ahli Parlimen Batang Lupar

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) memohon supaya beberapa sekolah daif di kawasan Batang Lupar dinaik taraf atau dibina semula baharu. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kipli berkata, antara sekolah rendah daif yang perlu dinaik taraf atau dibina semula baharu segera ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tuanku Bagus. “Apakah status projek terbabit […]

Sarawak giat bangunkan tenaga bersih – Premier

SINGAPURA: Meningkatkan pembangunan tenaga bersih diberikan keutamaan dalam 15 strategi peringkat tertinggi corak pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan tenaga bersih itu amat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak pada masa akan datang. “Sejak tahun lalu, Sarawak memperkenalkan tiga dasar baharu […]

Sarawak bakal miliki hospital kanser pertama

KUCHING: Sarawak bakal memiliki hospital khas bagi rawatan penyakit kanser termasuk kanser payudara apabila projek pembinaannya diluluskan Kerajaan Persekutuan. Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pembinaan hospital tersebut menjadi bukti kesungguhan kerajaan negeri memperkukuh sistem rawatan kesihatan dan sokongan kepada pesakit kanser di […]

Sarawak tawar biasiswa kepimpinan wanita ASEAN

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan Program Biasiswa Kepimpinan Wanita ASEAN bagi memperkukuh penyertaan wanita dalam kepimpinan dan politik negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tiga biasiswa disediakan untuk wanita Sarawak melanjutkan pengajian Sarjana Pembangunan Kepimpinan di ASEAN Women Leadership University College (AWLUC), Pulau Pinang. Menurutnya, program itu diluluskan […]

Pesta Badudun Lumba Kerbau simbol perpaduan masyarakat majmuk Sarawak

LIMBANG: Pesta Badudun (Berkunjung) dan Lumba Kerbau bukan sekadar mengetengahkan budaya, tetapi memperkukuhkan perpaduan dan kebersamaan komuniti pelbagai kaum di negeri ini. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pesta berkenaan memiliki teras kehidupan dan adat resam bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu malah masyarakat lain. “Penganjuran pesta sebegini memberi peluang kepada penduduk […]

Jepak sebagai komuniti maritim bebas dadah pertama Sarawak

BINTULU: Kawasan Jepak berpotensi menjadi model komuniti maritim bebas dadah pertama Sarawak melalui Program Sahabat Maritim Bebas Dadah Bersama Komuniti Nelayan Bintulu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini melalui dua elemen baharu program terbabit mulai tahun hadapan iaitu Latihan Ekonomi Maritim dan Keusahawanan Nelayan Muda serta Kempen Digital Kesedaran Maritim. Beliau […]

Premier Sarawak tiba di Singapura hadiri SIEW 2025

SINGAPURA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Singapura hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2025. Beliau tiba di Lapangan Terbang Seletar kira-kira jam 4 petang waktu tempatan, diiringi Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki. Hadir menyambut ketibaan Premier Sarawak ialah […]

Kejayaan Grid Tenaga ASEAN perlukan rangka peraturan, ekosistem dagangan serantau

KUALA LUMPUR: Pembentukan rangka peraturan serta ekosistem perdagangan kuasa serantau dilihat sebagai langkah asas dalam merealisasikan agenda Grid Tenaga ASEAN yang menghubungkan pasaran tenaga antara negara-negara anggota. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek tenaga berskala besar memerlukan pendekatan tersusun yang melibatkan rangka kerja perdagangan kuasa dan kawalselia pasaran […]