MIS kumpul RM200,000 dana bantu mangsa banjir

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) berjaya mengumpul dana berjumlah RM200,000 hasil sumbangan umat Islam di negeri ini termasuk pihak majlis sendiri. Dana itu untuk membantu mangsa banjir di beberapa kawasan dalam negara pada penghujung tahun 2024. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kejayaan mengumpulkan sumbangan ini mencerminkan keprihatinan […]

JKR Sarawak diminta pulihkan segera jalan terputus akibat banjir

SERIAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diminta agar berjaga-jaga serta pantas memulihkan jalan-jalan terputus akibat banjir demi keselamatan penduduk. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, sebanyak 148 jalan raya di seluruh Sarawak terkesan ekoran banjir besar yang melanda wilayah ini sejak lima hari lalu. Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 75 jalan raya […]

Awang Tengah pantau perkembangan terkini tanah runtuh

MIRI: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turun padang meninjau keadaan terkini tanah runtuh Miri di sini, hari ini. Beliau melawat ke lokasi kejadian tanah runtuh Kampung Lereng Bukit bagi mendengar taklimat daripada Komander Operasi Bencana, ACP Alexson Naga Anak Chabu berhubung kronologi insiden tanah runtuh. Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan […]

Sarawak turut hulur bantuan RM1,000 kepada KIR berdaftar di PPS

BINTULU: Kerajaan Sarawak menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Keluarga (KIR) yang berdaftar pindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sehubungan itu menasihatkan keluarga yang masih belum berpindah ke PPS supaya berpindah segera demi keselamatan. “Bagi Kerajaan Sarawak, kita memang ikut apa yang diputuskan Kerajaan Persekutuan […]

ADUN Satok lawat mangsa banjir PPS Segedup

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Satok (ADUN) Satok Dato’ Ibrahim Baki menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Haji Kamarudin di Kampung Segedup hari ini. Dalam lawatan beliau kira-kira 30 minit, Ibrahim mengambil kesempatan berbual dengan mangsa banjir, sukarelawan serta petugas. Semasa lawatan, beliau turut menyaksikan penyerahan bantuan makanan serta keperluan asas daripada wakil […]

Misi bantuan ke kawasan terjejas banjir masih mencabar

KUCHING: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diminta berdaftar dengan agensi berkaitan untuk menerima bantuan kerajaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, bantuan itu termasuk bayaran RM1,000 bagi setiap keluarga terjejas. “Saya nasihatkan agar mereka mendaftar bagi membolehkan menerima bantuan. Kalau tidak berdaftar agak sukar bantuan dihulurkan. […]

Aset bantuan dihantar perkuat misi selamat mangsa banjir Bintulu

KUCHING: Aset bantuan dari Sibu dan Miri telah dikerah bagi memperkuatkan petugas dalam misi menyelamat mangsa banjir di Bintulu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, keperluan aset penting dalam usaha petugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan segera. “Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Bahagian Bintulu telah melakukan yang […]

658 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Suarah Bintulu

BINTULU: Segala keperluan asas akan disalurkan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, beliau akan memastikan bantuan ini sentiasa disalurkan kepada mereka. “Saya memastikan segala keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan perubatan akan sentiasa disalurkan kepada mereka […]