Jalan Kampung Kupang akan diturap
SARATOK: Projek naik taraf jalan Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau di sini akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini berikutan proses reka bentuk, pembayaran pampasan dan lantikan kontraktor projek sudah selesai. Katanya, skop projek termasuk menurap jalan sepanjang 20 kilometer (km), pembinaan sistem saliran jalan dan […]
Cadangan tubuh badan amanah pelihara tanah tradisi masyarakat Melayu
KUCHING: Cadangan penubuhan badan amanah masyarakat Melayu bagi memastikan tanah tradisi kaum Melayu terus terpelihara dan dibangunkan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, badan amanah tersebut yang memiliki kekuatan kewangan perlu untuk membeli tanah tradisi yang dijual bagi tujuan hukum faraid. Katanya, badan amanah ini bertujuan memastikan aset yang dijual […]
Elak adat resam Melayu terhakis
KUCHING: Kebanyakan adat resam masyarakat Melayu di negeri ini yang pupus sekarang perlu dikaji semula dari segi warisannya, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, antara kekayaan adat resam orang Melayu yang hampir pupus sekarang ialah dari sudut majlis perkahwinan. “Ini mungkin disebabkan orang Melayu mahu mengadakan majlis perkahwinan […]
Replika kubu Rentap dibina, daya tarikan pelancong
BETONG: Kerja membina replika kubu Rentap sebagai daya tarikah pelancongan akan dimulakan tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, projek itu menunggu kelulusan akhir daripada pihak berkaitan untuk melaksanakannya. “Rentap adalah seorang pahlawan legenda yang berjuang menentang pentadbiran Rajah Orang Putih,” katanya […]
Tanjung Embang lokasi lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak
KUCHING: Kawasan Tanjung Embang dipilih sebagai lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, pemilihan itu bagi mengelak penerbangan dan pendaratan kapal terbang menerusi ruang udara negara jiran, Indonesia yang mana berkemungkinan menimbulkan masalah nanti. “Pada mulanya, kita hendak membina lapangan terbang di Matang, tetapi jika […]
Zon Selatan kemukakan 10 usul
KUCHING: Sebanyak 26 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan mengemukakan 10 usul pada mesyuarat perwakilan tersebut di Pusat Konvensyen Bornoe Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Usul-usul bahagian dibentang Naib Yang di-Pertua Parti merangkap Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah. Usul-usul tersebut ialah: Usul itu kemudian diserah Roland Sagah […]
“Kami berikrar tidak berganjak sokong Abang Jo” – Fadillah
KUCHING: Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato’ Sri Fadillah Yusof mengajak semua ahli dan pemimpin cawangan Zon Selatan berdiri teguh menyokong kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “Semua pemimpin 26 cawangan Zon Selatan yang berdiri ini bersama seluruh ahli-ahli Parti PBB di Zon Selatan membulatkan tekad, memperkukuhkan muafakat, […]
Sarawak bakal wujudkan fakulti tenaga di Universiti i-CATS
KUCHING: Satu lagi jurusan baharu akan diwujudkan dalam bidang pendidikan iaitu penubuhan fakulti tenaga di Universiti i-CATS. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengumumkan perkara itu berkata, penubuhan fakulti itu seiring dengan matlamat Sarawak untuk menjadi peneraju dalam tenaga boleh diperbaharui. “Saya ingin memberi maklum balas kepada Dato Sri Fadillah […]
Ahli Parti PBB teruskan berjuang dengan satu tekad, perjuangan
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patnggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan berani meneruskan projek mega untuk dilaksanakan di Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang susulan ekonomi negeri berkembang dengan mantap. Beliau berkata, selagi Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) utuh dan mendapat sokongan padu rakyat, beliau yakin dapat melaksanakannya dalam tempoh lima tahun […]
Penubuhan sekolah antarabangsa utara Sarawak perkasa pendidikan
MIRI: Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pujut, Dato Lukanisman Awang Sauni menyokong resolusi pembinaan sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak di Utara Sarawak. Katanya, penubuhan sekolah tersebut penting untuk memperkasakan pendidikan negeri sekali gus memacu nilai pendidikan bertaraf antarabangsa. “Dan memang menjadi harapan delegasi pewakilan di utara Sarawak agar sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak dapat dibina […]
