Laluan alternatif Jambatan Bintangor bakal dibuka
KUCHING: Laluan alternatif berhampiran Jambatan Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini akan dibuka selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki. Beliau berkata, pembukaan laluan alternatif itu untuk memudahkan aliran keuar masuk penduduk di sepanjang Jalan Datuk Ajibah Abol. “Buat masa ini, kita meminta kontraktor jambatan berkenaan […]
JKR pacu pembangunan Sarawak
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan negeri ini. Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, JKR Sarawak banyak membantu menyelesaikan projek-projek sakit bagi memastikan seluruh negeri ini khususnya di luar bandar menerima pembangunan. Ini dibuktikan apabila Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) berjaya menggunakan dana RM799.52 juta […]
Delegasi Sarawak terokai teknologi pengeluaran SAF di Singapura
SINGAPURA: Majlis pelancaran pelantar ujian pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada bahan api penerbangan mampan berlangsung di Jurong, Singapura hari ini. Delegasi Sarawak yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel menghadiri majlis tersebut. Lawatan delegasi itu bertujuan untuk menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada bahan api penerbangan mampan (SAF) di […]
Perubatan pintar tangani cabaran populasi menua
KUCHING: Penjagaan kesihatan menggunakan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) kini diperlu bagi menangani cabaran populasi yang semakin menua termasuk di negeri ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, teknologi AI dan peranti perubatan pintar bakal memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat khususnya warga emas menerima penjagaan yang lebih cekap […]
Kerjasama erat ibu bapa, sekolah sokong kejayaan pendidikan anak
DARO: Pelbagai pendekatan diambil oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha memacu sektor pendidikan di negeri ini termasuk membangunkan prasarana sekolah. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, salah satu projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasannya adalah pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Tebaang yang dijangka siap dalam masa terdekat. Katanya, projek-projek infrastruktur pendidikan ini adalah […]
Kerajaan Pusat iktiraf PETROS pengagregat gas tunggal
KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengagregat gas tunggal di negeri ini akan terus bekerjasama rapat dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerjasama ini bertujuan memastikan PETROS melaksanakan peranannya sebagai pengagregat gas tunggal tanpa gangguan terhadap bekalan gas untuk pengguna termasuk pelabur. […]
Kajian sosioekonomi Jelapang Padi Batang Lupar
KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) menandatangani perjanjian bagi menjalankan kajian sosioekonomi di Jelapang Padi Batang Lupar. SADA melalui Pejabat Residen Bahagian Sri Aman menandatangani perjanjian itu dengan Institut Pembangunan Sarawak selaku juruperunding kajian terbabit yang bertajuk “Greater Together: Pemetaan Ekosistem Pengeluaran Padi di kawasan Jelapang Padi Batang Lupar”. Perjanjian ditandatangani Pemangku Residen Bahagian […]
Rakyat harus kekalkan hak, status Sarawak
KUCHING: Rakyat Sarawak harus mengekal hak dan status Sarawak dalam persekutuan melalui Kerajaan Sarawak yang diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman berkata, beliau percaya memelihara hak Sarawak dan mengekalkan kuasa negeri mesti berlunaskan undang-undang dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa […]
Sarawak Petchem sasar jadi model industri tenaga hijau
BINTULU: Sarawak Petchem mensasarkan menjadi model di peringkat antarabangsa dalam industri tenaga hijau dengan mengeluarkan methanol hijau. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, syarikat tersebut berhasrat menjadi pemimpin dalam peralihan tenaga hijau dan mempeloposi industri aeroangkasa. “Jika kita berjaya dalam mengeluarkan methanol hijau dan pelbagai lagi tenaga hijau, ini mampu […]
Jangan cemburu kemajuan Sarawak – Premier
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menepis tanggapan segelintir pihak mendakwa Sarawak mengambil kesempatan dari krisis politik yang berlaku sejak 2014 di Malaysia untuk memperoleh pendapatan yang besar hari ini. Tegasnya, ia naratif bersifat cemburu terhadap kemajuan yang Sarawak kecapi sekarang hingga berupaya membentangkan bajet terbesar berjumlah RM15.8 bilion, sekali […]
