Program War on Sugar galak rakyat negara ini kurangkan gula

SIBU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan program War on Sugar bagi menggalakkan rakyat negara ini mengurangkan pengambilan gula. Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, program ini berikutan terdapat peningkatan berlebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia tahun lalu iaitu sebanyak 54.5 peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019. Katanya, berdasarkan Hasil […]

Gilap bakat pemain bola sepak seawal usia muda

BINTANGOR: Bakat pemain bola sepak perlu digilap seawal usia muda bagi melahirkan pemain yang boleh mewakili Sarawak hingga ke peringkat kebangsaan. Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab berkata, golongan pelajar sangat sesuai untuk dilatih bagi mengukuhkan asas permainan mereka bagi melahirkan pemain yang berkaliber. Katanya, kejohanan seperti ini juga diadakan bagi melahirkan semangat berpasukan […]

Kisah kehidupan Sultan Ibrahim diabadi dalam video ‘Tuanku Payung Mahkota’

KOTA SAMARAHAN: Kisah perjalanan kehidupan Sultan Ibrahim yang dipaparkan dalam tayangan video ‘Tuanku Payung Mahkota’ menjadi pengisian utama Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2024. Tayangan video tersebut ditayangkan menerusi skrin utama di dalam Dewan DeTAR PUTRA, Universiti […]

RM100 juta baik pulih klinik, bina kuarters di Sarawak

SIBU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membaik pulih klinik dan membina kuarters berkualiti di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, peruntukan itu diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Jun lalu. Katanya, ketika ini sebanyak RM50 juta telah diterima dari KKM dan […]

Kejayaan Bonnie sebagai inspirasi atlet para SUKMA

KUCHING: Kejayaan powerlifter Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin di Sukan Paralimpik Paris 2024 menjadi motivasi bagi atlet Sarawak yang akan bertanding di Para Sukan Malaysia (SUKMA). Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Bonnie berjaya mengangkat 232 kilogram (kg) untuk mencipta Rekod Dunia baharu di Sukan Paralimpik Paris 2024. “Pencapaian […]

Para SUKMA: 150 kenderaan diguna

KUCHING: Sebanyak 150 kenderaan akan digunakan sebagai pengangkutan temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, mulai 22 hingga 28 September ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi memudahkan pergerakan sebanyak 15 kontinjen menyertai temasya itu yang melibatkan seramai 2,225 orang termasuk 1,290 atlet. “Pengangkutan melibatkan 10 […]

Pesta Tatau 2024 bakal tarik 80,000 pengunjung

TATAU: Pesta Tatau 2024 dijangka menarik seramai 80,000 pengunjung sepanjang berlangsung hingga 15 September ini. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sri John Sikie Tayai berkata, lebih daripada 30 acara menarik pesta itu termasuk Regata Pesta Tatau 2024. “Reggata Pesta Tatau 2024 mencatatkan 97 penyertaan dengan 100 bot kuasa yang bertanding, meningkat sebanyak 33 peratus […]

Pautan Digital Hospital tingkat kecekapan perkhidmatan kesihatan Sarawak

KUCHING: Rekod perubatan pesakit dari mana-mana hospital akan dapat diakses secara terus oleh hospital-hospital lain di Sarawak melalui Pautan Digital Hospital. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkhidmatan yang akan ditingkatkan lagi keupayaannya membabitkan kos RM10 juta membolehkan semua hospital dalam negeri ini saling berhubung melalui satu aplikasi digital. “Ini […]

Tingkatkan program, bantuan kepada usahawan Sarawak

KUALA LUMPUR: Agensi Kerajaan Persekutuan disaran meningkatkan program dan bantuan kepada usahawan di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini supaya mereka dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran untuk mengembangkan perniagaan. Beliau juga menekankan pentingnya koordinasi yang efektif di antara agensi kerajaan dan persatuan serta dewan perniagaan. “Ini bagi memastikan liputan […]