Pameran Raja Kita berlangsung di Summer Mall sehingga 8 September
SAMARAHAN: Pameran Raja Kita sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dirasmikan di pusat beli belah Summer Mall, di sini, hari ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, orang ramai dipelawamenyaksikan pameran yang memaparkan maklumat, latar belakang dan peralatan berkaitan Institusi Raja dan Seri Paduka Baginda […]
JKKSK Sarawak selesaikan 946 permohonan, percepat proses kewarganegaraan
KUCHING: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Sarawak berjaya menyelesaikan 946 permohonan Perkara 15A yang tertangguh selain mempercepatkan proses berkaitan kewarganegaraan di negeri ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan JKKSK yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri menghasilkan kesan positif. Katanya, dalam mesyuarat 17 Ogos lalu, sebanyak 306 […]
Kampung Haji Ismail terpilih ke Anugerah Aspirasi Desa Madani
BINTULU: Kampung Haji Ismail di Kuala Tatau terpilih mewakili Bahagian Bintulu dalam Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pencapaian ini adalah hasil kerja keras semua pihak yang memastikan kampung ini terus maju dan sejahtera. “Saya berterima kasih kepada Ketua Kampung, Jus@Musa dan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan […]
Rumah Emi Mesa dapat lampu solar, jalan berturap
BINTULU: Projek pemasangan empat lampu solar dan pembinaan jalan berturap sepanjang 1.5 kilometer (km) di Rumah Emi Mesa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, di sini, dijangka siap tahun ini. Pembantu Peribadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Shahrezy Sulaiman berkata projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM200,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar […]
BDDA mahu belajar dari Thailand majukan sektor pertanian
BANGKOK: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) mahu belajar dari Thailand berhubung sudut kepakaran untuk memajukan sektor pertanian di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Thailand terkenal dengan industri makanannya yang sangat maju, bermula daripada bahan penanaman sehingga rangkaian pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Malah katanya, Thailand juga mempunyai keseluruhan rantaian bekalan […]
PBH Asset Management Sdn Bhd dilantik selenggara LPB Sarawak
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menggesa syarikat yang diberi tanggungjawab menyelenggara Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan lancar. Beliau berkata, penyampaian perkhidmatan itu hendaklah mengikut spesifikasi dan masa yang ditetapkan sebagaimana syarat yang terkandung di dalam perjanjian kontrak. “Harapan saya agar syarikat menghargai dan menggunakan kepercayaan […]
GJPBS sedia latihan pada jurutera
KUCHING: Pusat Latihan Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) akan menjadi platform menyediakan latihan kepada jurutera di bawah gabungan itu serta sebagai pusat penyelidikan dan pusat makmal ujian. Pengerusi (GJPBS), Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk pembinaan pusat latihan tersebut. “Tujuan utama ialah untuk menyediakan latihan kepada jurutera-jurutera, […]
TYT Sarawak lawat Ibu pejabat Menara Affin Bank
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi melawat Ibu pejabat Menara Affin Bank di bangunan Tun Razak Exchange (TRX), di sini, semalam. Ketibaan mereka disambut Pengerusi Affin Bank, Dato Agil Natt serta isteri Datin Sharifah Fatmah Alhabshi, dan Presiden dan Ketua […]
Tiga acara antarabangsa di Kuching Oktober depan
KUCHING: Pelbagai acara muzik, perlumbaan dan sukan antarabangsa bakal berlangsung, di sini, Oktober depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antaranya ialah seperti Festival Muzik Borneo Sonic, Pertandingan Bot Naga Antarabangsa dan Kejohanan Pickle Ball Antarabangsa. Beliau berkata, dengan acara terbabit pihaknya mensasarkan Sarawak menerima seramai empat juta […]
PPRMS: 33 projek baik pulih rumah DUN Satok dilaksana
KUCHING: Sebanyak 33 projek membaiki rumah dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, setiap tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, projek ini melalui dana Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperoleh menerusi Kerajaan Sarawak. “Setakat ini kita sudah membina beberapa rumah, salah satunya di Kampung Segedup […]
