Pemenang Pingat Para SUKMA Sarawak bakal terima insentif
KUCHING: Atlet Sarawak yang memenangi pingat dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bakal menerima jumlah insentif yang sama diberi kepada pemenang SUKMA. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif sebanyak RM15,000 kepada pemenang pingat emas, […]
Dua unit pertama ART tiba di Kuching akhir 2024
YIBIN, China: Dua unit kenderaan Aliran Transit Automasi (ART) yang dijana menggunakan hidrogen dan selesai menjalani prapentauliahan akan dihantar ke Kuching menjelang akhir tahun 2024. Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin menyempurnakan majlis prapentauliahan dan pemeriksaan fisikal ke atas dua unit ART itu di kemudahan pembuatan CRRC Yibin, Wilayah Sichuan China semalam. […]
Sistem perparitan Kampung Tengah akan diselenggara
BINTULU: Projek penyelenggaraan sistem perparitan Kampung Tengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini akan dimasukkan dalam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2025. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini setelah keperluan mendesak dikenalpasti untuk penyelenggaraan sistem perparitan kampung terbabit. “Masalah perparitan yang tidak terurus menyebabkan banjir kilat, dan projek […]
Mukah tuan rumah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446/2024M
MUKAH: Bahagian Mukah akan menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446/2024M yang akan berlangsung mulai 16 hingga 17 September ini. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan itu merupakan acara rasmi Kerajaan Sarawak yang diadakan setiap tahun. “Objektif bertujuan mengingati kembali peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, […]
Sarawak laksana inisiatif ekonomi hijau, pelihara alam sekitar
SINGAPURA: Inisiatif Ekonomi Hijau yang dilaksana Sarawak sebagai menyahut cabaran berikutan perubahan iklim dan pentingnya membangunkan hutan dan tanah secara mampan dan melindungi alam sekitar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, membangunkan sumber semula jadi dengan industri seperti tenaga diperbaharui, ekopelancongan dan pertanian mampan hendaklah selari dengan kelestarian pembangunan. “Sarawak […]
Peraturan Majlis Mesyuarat Persidangan Parlimen, DUN perlu dipinda
KUCHING: Peraturan Majlis Mesyuarat bagi Persidangan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dipinda mengikut kesesuaian masa terkini terutamanya dalam menghadapi ledakan era media sosial. Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, kebanyakan peruntukan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat tidak meliputi fenomena baharu termasuk media sosial. Ujarnya, perkara-perkara […]
Bintulu mampu jadi hab sukan dart
BINTULU: Kelab dart tempatan diharap dapat menganjurkan pertandingan sukan berkenaan lebih besar selepas Pertandingan Dart Terbuka Bintulu 2024. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, ini kerana pertandingan dart terbabit memberi asas kukuh untuk Bintulu berkembang menjadi hab sukan dart di masa depan. “Saya berharap agar kelab tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) […]
Konvoi KMJG Peringkat Kapit lawat Kubu Sylvia
KAPIT: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Kapit melawat Kubu Sylvia, di sini, semalam. Rombongan konvoi diketuai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Roszilawati Nor Aziz. Mereka diberi penerangan oleh Dato Temenggung Wilfred Billy Panyau berkaitan penubuhan kubu terbabit. Di samping itu, penerangan peristiwa penjajahan dan pembentukan keamanan, perdamaian antara kaum serta […]
Sarawak tuan rumah persidangan Speaker Parlimen, DUN Malaysia
KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, persidangan dijadual berlangsung di Dewan Santapan, Bangunan DUN Sarawak, di sini pada 12 hingga 13 September ini. “Persidangan ini akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan […]
Tujuh syarikat tawar jawatan pekerjaan program PERKESO
BINTULU: Sebanyak tujuh syarikat di sini, menyertai Program Seranta Bersama Majikan Baru dan Mini Karnival Kerjaya MyFuture Jobs 2024, di sini, hari ini. Syarikat terbabit menawarkan sebanyak 753 jawatan pekerjaan kepada pencari kerja yang hadir pada program dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Selain itu, 10 suri rumah dari kawasan Jepak juga menerima tajaan Skim Keselamatan […]
