Hayati erti kemerdekaan, pertahankan keharmonian
SIBU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu mahu semua pihak mempertahankan kemerdekaan negara yang sedang dikecapi. Pengerusinya, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz berkata, ini khususnya di Sarawak sebagai negeri yang sangat unik dihuni penduduk daripada pelbagai etnik. “Namun kesepaduan sosial yang terbina selama ini banyak menyumbang kepada perpaduan nasional dan pembentukan identiti bangsa […]
Keluarga mangsa perahu karam terima sumbangan
LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Sungai Kayan 20 Ogos lalu. Sumbangan yang diserahkan kepada keluarga mangsa terbabit berupa bekalan makanan asas,pakaian, bakul makanan daripada Petronas serta keperluan lain. Waris mangsa perahu karam yang menerima sumbangan itu masing-masing keluarga […]
Ekonomi hijau Sarawak buka peluang kepada pelabur
SYDNEY, Australia: Matlamat Sarawak beralih kepada ekonomi hijau dan tenaga mampan membuka landskap dinamik kepada pelabur yang berminat dalam kelestarian dan penyelesaian tenaga diperbaharui. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, malah tenaga diperbaharui turut membuka peluang kepada pelabur yang komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyumbang kepada kelestarian pada masa […]
Pemasangan lampu solar Kampung Warisan Jepak realisasikan keperluan komuniti
BINTULU: Projek pemasangan lampu solar di sepanjang jalan dari Kampung Warisan Jepak di sini diharap disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Projek itu sudah bermula dari kampung terbabit sehingga ke Pejabat Gerakan Polis Marin dan Kastam di Jepak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, projek itu akan menunjukkan komitmen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk […]
25 tokoh alumni UiTMCS terima anugerah
KUCHING: Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak (UiTMCS) menyampaikan anugerah kepada 25 tokoh alumni universiti tersebut. Pro-Canselor UiTM, Datuk Wahab Abdul Aziz menyampaikan anugerah tersebut sempena Malam Gala Sambutan 25 tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti, di sini, malam tadi. Turut menerima anugerah ialah enam wakil organisasi dan industri yang banyak menjalin kerjasama dengan UiTMCS. Organisasi terbabit […]
Lima koperasi Sarawak terbaik Malaysia
KUCHING: Sebanyak lima koperasi di Sarawak ini tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, lima koperasi terbabit menunjukkan sumbangan perolehan sebanyak RM93.5 juta. Koperasi tersebut ialah Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah […]
Rombongan Sarawak lawat Snowy Hydro Tumut 3
NEW SOUTH WALES, Australia: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi semalam mengetuai pegawai dari kementeriannya dan Sarawak Energy Berhad (SEB) mengadakan lawatan kerja ke fasiliti di Snowy Hydro Tumut 3 di sini. Lawatan rombongan dari Sarawak itu bertujuan menimba pengetahuan mengenai kemungkinan Penyimpanan Tenaga Hidro Pam (PHES) di Sarawak. PHES merupakan bahagian […]
Hubungan diplomatik Sarawak, Brunei diperkukuh menerusi pelbagai bidang
KUCHING: Hubungan diplomatik Sarawak dan Brunei akan terus diperkukuh melalui kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk telekomunikasi, pertanian, pelancongan dan tenaga elektrik. Usaha itu dizahirkan menerusi delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei, di Brunei baru-baru ini. Mesyuarat tersebut menyaksikan rombongan Kerajaan […]
Projek pembangunan dipantau rapi, perlu siap ikut jadual
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri adalah jabatan yang paling dipantau rapi di negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, ini disebabkan JKR adalah jabatan berada di barisan hadapan dalam melaksanakan banyak projek pembangunan di seluruh negeri. “Justeru, kita memiliki banyak kerja pembinaan yang perlu diawasi dan dipantau rapi,” […]
Universiti Teknologi Swinburne akan bina pusat R & D di Kampus Sarawak
MELBOURNE: Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak akan membangunkan pusat pembangunan dan penyelidikan (R & D) di Kuching. Pusat itu akan menumpukan tenaga diperbaharui serta sektor avionik berteknologi tinggi. Perkara itu dijelaskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, tapak bagi menempatkan pusat penyelidikan baharu itu sedang dikenal pasti. Katanya, pusat […]
