Kibaran Jalur Gemilang sepanjang jalan, premis

LIMBANG: Masyarakat Limbang menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang jalan dan premis masing-masing, di sini, hari ini. Mereka terdiri daripada enam komuniti MADANI Limbang kemudian menyambut Konvoi Kembara Merdeka Kibar Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Sarawak dari Lawas. Sebelum itu, komuniti terbabit menyertai program anjuran JAPEN Limbang iaitu Jiwa Komuniti […]

Lawas nikmati pelbagai kemajuan

LAWAS: Daerah di utara Sarawak akan memiliki kemudahan lapangan terbang lebih besar dan kemudahan pelabuhan laut dalam di Pulau Sari. Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, kerajaan bersetuju untuk membina kemudahan terbabit. “Ia akan menambah baik sistem pengangkutan laut dan udara di kawasan ini,” katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Konvoi Kembara […]

Isu di Lawas diberi perhatian

LAWAS: Isu berkaitan perhubungan jalan raya dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini akan dibawa kepada menteri yang bertanggungjawab. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dato Johari Abdul memberi jaminan itu selepas menerima laporan berkaitan isu terbabit semasa lawatan kerjanya ke daerah Lawas. “Insyallah… kita akan bawa masalah berkaitan perhubungan khususnya jalan raya dan […]

RM66 juta tangani dua projek hakisan sungai

KABONG: Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM66 juta keseluruhannya bagi melaksanakan dua projek mengurangkan hakisan di Sungai Benang dan Sungai Seblak di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd. Chee Kadir berkata, pada dasarnya Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek menandatangani hakisan pantai di negeri ini yang kini dalam peringkat pra-kelayakan tender. Projek ini akan dilaksanakan […]

Para SUKMA: Sarawak buru juara, sasarkan 83 emas

KUCHING: Setelah kontinjen Sarawak berjaya menjuarai SUKMA XXI yang melabuh tirai Sabtu lalu, kini Sarawak memburu juara Para SUKMA yang bakal berlangsung 22 September depan di sini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sehubungan itu Sarawak menyasarkan kutipan 83 pingat emas. “Sarawak sebagai penganjur Para SUKMA Ke-21 akan […]

Kerjasama bantu kumpulan sasar tingkatkan kemahiran pelbagai bidang

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri hari ini menghadiri majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan UK – Malaysia KECEKAPAN Konsortium bagi Program KECEKAPAN-RISE di negeri ini. Berucap pada majlis itu, Nancy yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) berkata, program KECEKAPAN-RISE itu merupakan projek […]

Perhebat R&D pulihara landskap hutan

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan kolaborasi dengan pertubuhan antarabangsa dan negara-negara lain di wilayah Asia-Pasifik dalam melaksanakan inisiatif Pemuliharaan Landskap Hutan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kolaborasi yang diperlukan Sarawak itu merangkumi rancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta membangunkan teknologi dalam usaha meningkatkan kualiti pokok dan bahan tanaman. “Di Malaysia, Sarawak berada […]

Sarawak, Australia boleh jadi rakan kongsi pacu peralihan tenaga

AUSTRALIA: Potensi melaksanakan simpanan tenaga hidro pam (PHES) di Sarawak sangat luas sejurus terbukti boleh dilakukan, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Beliau berkata, sejurus contoh pertamanya berjaya dilakukan, lebih banyak tapak akan dikenal pasti. Perbincangan yang diadakan di sini hari ini akan membantu Sarawak menentukan cara terbaik menggabungkan PHES ke dalam […]

Anak kelahiran Marudi menang pingat emas SUKMA diarak keliling pekan

MARUDI: Pertubuhan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGG) Marudi menyambut kepulangan atlet silat wanita dari daerah ini yang memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 baru-baru ini. Ummi Mashitah Hassan, dari Kampung Narum, memenangi pingat emas silat olahraga kategori Putri Kelas B pada perlawanan akhir di Miri. Beliau mengalahkan pesilat Kedah dan dilamar Persekutuan Silat […]