Nur Azhar Bujang dilantik Setiausaha DUN Sarawak

KUCHING: Anak kelahiran Kuching, Nur Azhar Bujang, 39, mengangkat sumpah pelantikan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Menurut kenyataan DUN Sarawak, beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar di Bangunan DUN Sarawak. Nur Azhar Bujang mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku […]

Sarawak mahu model pembiayaan alternatif tangani sekolah usang

KUCHING: Sarawak mahu kementerian berkaitan peringkat Kerajaan Pusat bekerjasama menghasilkan model pembiayaan alternatif bagi menangani isu sekolah usang. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee berkata, antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Saya percaya Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPM akan dapat mengatur strategi dan menghasilkan […]

Pelaksanaan inisiatif Smart 600 disambut baik – Mohamad Shafizan

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan inisiatif Smart 600 bagi membina 600 menara di seluruh negeri disambut baik. Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, Smart 600 dilaksanakan bagi menambahbaik liputan internet dan jaringan komunikasi di Sarawak. Dalam hal ini, beliau berharap agar kesemua menara ini kelak dapat beroperasi sepenuhnya […]

SUKMA: 45 fasiliti sukan dinaik taraf

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengarahkan kerja naik taraf dan baik pulih fasiliti sukan sebagai venue Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di negeri ini disiapkan sepenuhnya Jun ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana terdapat sebanyak 45 fasiliti sukan di lima bahagian yang terlibat sedang dinaik taraf atau dibaik […]

Jangan sembunyi masalah di lapangan – Uggah

KUCHING: Semua pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) diingatkan agar berterus terang berhubung masalah semasa melaksanakan projek di lapangan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setiap isu dan masalah di lapangan tidak harus disembunyikan sebaliknya dimaklumkan kepada beliau dan pengurusan tertingginya semasa taklimat untuk […]

Asnaf Zon Sematan terima sumbangan

LUNDU: Seramai 35 orang asnaf dari Zon Sematan menerima sumbangan di Surau Darul Ibadah Kampung Siru Melayu Sematan, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan sumbangan kepada golongan terbabit. Beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Rajiah Mat untuk memudahkan pergerakan dalam mendapatkan rawatan. Selain itu, […]

Projek ALAF RM2.515 juta di dua kampung

SARATOK: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membelanjakan sebanyak RM2.515 juta bagi projek pemasangan meter elektrik di dua kampung di sini. Projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) sebanyak RM545,000 di Kampung Lot Bunian dan RM1.97 juta (Kampung Pagan). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebanyak 38 rumah menerima projek ALAF di Kampung […]

Premier Sarawak santuni anak-anak istimewa

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membawa keriangan kepada anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan anak-anak istimewa sempena Ramadan dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Premier Sarawak. Majlis diadakan di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol malam tadi merupakan program tahunan DBKU dalam memastikan golongan istimewa tidak terpinggir dari turut sama mengimarahkan Ramadan. Lebih 200 orang tetamu […]

Bayi diselamat di Baby Hatch BMC, ibu kandung diminta berjumpa menteri

KUCHING: Empat kes pembuangan bayi termasuk seorang bayi perempuan yang diselamatkan di Baby Hatch Borneo Medical Centre (BMC) pagi semalam direkodkan di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 54 kes pembuangan bayi atau janin direkodkan bagi lapan tahun lalu, antara Januari 2016 hingga Disember 2023. “Ia merupakan […]