207 pemohonan DSITKS penuhi syarat dilulus
KUCHING: Jabatan Premier Sarawak telah meluluskan sebanyak 207 permohonan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, secara keseluruhan sebanyak 676 permohonan DSITKS diterima dari 34 daerah seluruh Sarawak antara 1 November 2022 sehingga 5 Februari 2024. Katanya dari jumlah tersebut, […]
Runtuhan batu ikonik di Taman Negara Bako fenomena alam
SIBU: Kejadian runtuhan batu tunggul yang terkenal dari segi pelancongan di perairan Taman Negara Bako baru-baru ini amat menyedihkan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, struktur batu ikonik itu telah runtuh atau jatuh ke laut kemungkinan Selasa atau hari sebelumnya. “Saya mendapat makluman daripada Sarawak Forestry Corporation […]
Ubah pembangunan Sibu ambil masa 10 tahun
SIBU: Pelan pembangunan semula bandar Sibu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk dilaksanakan. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan negeri akan memperuntukkan dana bagi mengubah semula wajah Sibu. Katanya, pelbagai perancangan sudah dirangka untuk menjadikan Sibu sebagai Bandar Pintar. “Saya berjanji kepada anda, saya komited terhadapnya, bahawa Sibu […]
Daerah Kabong bakal miliki kompleks sukan
KABONG: Pembinaan kompleks sukan bagi daerah Kabong telah diluluskan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, ini melalui peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) melebihi RM30 juta. “Kita bakal ada sebuah stadium terbuka dan sebuah stadium tertutup untuk kegunaan rakyat dan belia amnya,” katanya. Beliau berkata demikian semasa melakukan sepak mula perlawanan […]
Kompleks Sukan Limbang perlu dinaik taraf
LIMBANG: Kompleks Sukan Limbang perlu peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menaik taraf keseluruhan trek dan balapan yang usang. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi projek tersebut. Katanya, jumlah itu bagaimanapun tidak mencukupi mengikut perkiraan […]
Jalan hubungkan Miri hingga Long Terawan dijangka dibina 2025
MIRI: Pembinaan jalan yang menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan di Baram dijangka bermula pada tahun depan. Perkara ini dimaklumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurutnya, pelan laluan jalan tersebut sudah dipersetujui. “Apabila siap kelak, jalan tersebut akan memendekkan perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira sejam setengah. “Semua […]
150 kanak-kanak sertai Program Berkhatan Perdana 2024
SIMANGGANG: Seramai 150 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai secara percuma pada Program Berkhatan Perdana 2024 di Masjid Besar Sri Aman di sini, hari ini. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, program itu bertujuan menghidupkan semula budaya berkhatan beramai-ramai dan membantu meringankan kos perbelanjaan. “Jika ke klinik kerajaan, mereka (ibu bapa) perlu keluar dan ini melibatkan […]
TYT, isteri adakan kunjungan Tahun Baharu Cina
KUCHING : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan berkunjung ke rumah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Prof. Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian hari ini. Ketibaan Tun Dr. Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah […]
TYT mahu rakyat bersama sambut Tahun Baharu Cina
KUCHING: Rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama disaran bersama masyarakat Cina meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. “Saya jemput semua rakyat Sarawak khususnya tidak kira bangsa dan agama meraikan Tahun Baharu Cina,” kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024 di […]
Rakyat diajak kekalkan keharmonian, perpaduan
KUCHING: Masyarakat berbilang kaum diingat agar terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang sedia ada. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, elemen itu penting bagi membolehkan Kerajaan Sarawak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan yang lebih lestari untuk negeri ini. “Dalam tahun naga ini, kita harap bahawa keadaan kita lebih makmur, ekonomi […]
