Pemilik tanah terlibat projek bina jalan terima pampasan

SARATOK: Pemilik tanah terlibat projek pembinaan dan naik taraf jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Bajau di sini menerima pampasan keseluruhannya berjumlah RM1.1 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, seramai 163 pemilik tanah menerima pampasan terbabit. Katanya mereka dari Kampung Kupang, Rumah Rabiah, Rumah Andrew Kulih, Rumah Patih, Rumah Rengan (Selambong), […]

Langkah serius diambil tangani kes kemalangan jalan raya

DARO: Kerajaan negeri akan terus memberikan penekanan serius terhadap langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, usaha yang gigih perlu dilaksanakan bagi menangani masalah keselamatan jalan raya ini. Tegasnya, jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kejadian kemalangan pasti akan terus meningkat. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena […]

PCDS 2030 pacu ekonomi, kemakmuran Sarawak – TYT

KUCHING: Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 meletakkan Sarawak di landasan pertumbuhan mampan, dikuasakan oleh inovasi dan kreativiti serta menuju ke arah ekonomi berdaya tahan, makmur dan mesra alam. Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, PCDS 2030 yang memberi tumpuan terhadap tenaga hijau dan boleh diperbaharui mampan, inovasi dan teknologi serta […]

Kepelbagaian budaya, keharmonian kaum serlah keunikan Sarawak

KUCHING: Kepelbagaian budaya dan keharmonian pelbagai kaum menjadi kekuatan dan keunikan yang dimiliki Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perpaduan sosial yang digambarkan olehpemimpin dan rakyat Sarawak menyumbang kepada pembangunan negeri ini. Katanya, latar belakang Sarawak yang kaya dengan pelbagai budaya serta dikukuhkan dengan keharmonian kaum menyerlahkan lagi keunikan negeri […]

Sarawak bakal miliki saham lebih besar dalam bank komersial

KUCHING: Berdasarkan suasana yang sangat kondusif sekarang, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin urusan perniagaan di Sarawak akan terus maju dan berada di landasan baik. Ini penting untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030. Beliau berkata, Kerajaan Sarawak pada tahun ini berhasrat mencapai tiga matlamat dalam menjayakan persekitaran secara […]

Bersama bina Sarawak lebih inklusif, makmur

KUCHING: Rakyat di negeri ini diajak memperbaharui komitmen untuk membina Sarawak yang lebih inklusif, makmur, bersatu padu dan berdaya tahan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah juga sehubungan itu mengingatkan rakyat agar terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, Premier Sarawak memerlukan sokongan dan kerjasama […]

26 persatuan, pertubuhan Cina Lawas terima geran kerajaan

LAWAS: Masyarakat diingatkan agar terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, Kerajaan Sarawak kini diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. “Saya menggesa masyarakat peniaga di Lawas khususnya kaum Cina agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan peneraju di Sarawak iaitu […]

Kawasan DBKU diiktiraf sebagai Geopark

KUCHING: Kawasan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diiktiraf sebagai Geopark atau Sarawak Delta Geopark. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan itu menjadikan kawasan DBKU kini setaraf dengan Pulau Langkawi dan Perak. Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk di kawasan DBKU agar terus menjaga kebersihan alam sekitar agar […]