Pejabat GJPBS dirasmi, perkasakan bidang kejuruteraan
KUCHING: Pejabat Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) ditubuhkan dalam usaha memperkasakan bidang kejuruteraan di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof merasmikan pembukaan pejabat berkenaan. Ia menandakan satu langkah penting memperkukuhkan peranan jurutera perunding bumiputera dalam pembangunan infrastruktur negeri. “Saya menyokong usaha GJPBS dalam menyediakan rangka kerja profesional dan peluang perkhidmatan kepada […]
Kerajaan perkenal inisiatif sosial, utamakan kebajikan rakyat
LAWAS: Kebajikan rakyat tidak dipinggirkan dalam usaha berterusan kerajaan membangunkan negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata, berbagai inisiatif sosial diperkenal Kerajaan Sarawak untuk menjaga kebajikan rakyat. “Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hakikatnya berjuang untuk mensejahtera dan memakmurkan rakyat,” katanya […]
Sahsiah, disiplin dan nilai murni ukuran kejayaan murid
BINTULU: Kejayaan murid di peringkat sekolah rendah perlu diukur bukan sahaja melalui pencapaian akademik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata kejayaan itu perlu juga diukur dari pembinaan sahsiah, disiplin dan nilai murni. “Sahsiah, disiplin dan nilai murni yang akan membimbing mereka menghadapi cabaran kehidupan,” katanya. Beliau berkata demikian […]
RM50 juta transformasikan Kampung Mission Lawas
LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membina benteng menangani hakisan tebing sungai di Kampung Mission di sini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata, malahan kelulusan juga diberikan untuk melaksanakan projek penempatan semula bagi melindungi perkampungan berkenaan daripada […]
Cadangan Sarawak bekal tenaga elektrik ke Semenanjung masih dikaji
KUCHING: Cadangan Sarawak membekalkan tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia kini berada pada fasa teknikal yang memerlukan kajian terperinci termasuk survei serta pemakluman kepada Indonesia. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga, Datuk Amar Fadillah Yusoff, berkata projek berkenaan kini masih di peringkat dasar walaupun telah diluluskan secara prinsip. “Selepas survei dimuktamadkan, kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan melibatkan […]
Bantuan berterusan pupuk nilai kemanusiaan, keharmonian kaum
KUCHING: Bantuan yang diberikan secara berterusan merupakan kaedah efektif untuk meringankan beban golongan memerlukan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, pendekatan ini juga berperanan memupuk nilai kemanusiaan dan memperkukuh keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Sarawak. “Semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat jelas terserlah melalui pelbagai program sumbangan yang dijalankan dengan […]
Perkuatkan jentera parti hadapi PRN13
SIBU: Tahun 2026 menandakan tahun terakhir penggal DUN Ke-19 sekali gus menjadi fasa penting bagi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) cawangan Sibu memperkuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Naib Yang di-Pertua parti, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata bahawa semua peringkat parti perlu memulakan persiapan awal untuk menghadapi fasa politik yang kritikal ini. […]
Sarawak bakal miliki velodrom, hab sukan moden akan dibangun
KUCHING: Velodrom pertama Sarawak bakal menjadi kenyataan apabila tanah bersebelahan Kompleks Sukan Sarawak hampir berjaya diambil alih. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia membabitkan kawasan seluas kira-kira 24.28 hektar. Tapak itu katanya, akan dibangunkan sebagai hab sukan lengkap termasuk trek BMX dan kemungkinan kemudahan sukan lain seperti ragbi, bergantung […]
Kasihnya Warisan bawa pulang RM30,000, juara ‘Battle Of Titan’
LINGGA: Pasukan Kasihnya Warisan dari Mukah juara dalam acara ‘Battle Of Titan’ sempena Regata Lingga 2025, sekali gus menobatkan mereka sebagai Maharaja Sungai dalam perebutan juara antara juara di Sungai Lingga, petang semalam. Dengan kejayaan itu, pasukan Kasihnya Warisan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta piala. Menurut kedudukan rasmi, pasukan Todak Berjaya berada di tempat […]
Regata Lingga pacu pelancongan, ekonomi tempatan
LINGGA: Penganjuran Regata Lingga semakin mendapat perhatian apabila mula menarik penyertaan pasukan luar negara, termasuk Brunei Darussalam. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun baharu memasuki edisi ketiga regata itu sudah mampu menarik penyertaan dari negara berkenaan. Katanya, perkembangan itu membuktikan program tersebut berpotensi untuk berkembang […]
