Pegawai perubatan perlu bersikap terbuka, bersedia berkhidmat di Sarawak

MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam proses penetapan pegawai kontrak dan pegawai perubatan dalam calon simpanan di fasiliti kesihatan di Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, disebabkan itu kesemua pegawai perubatan dari Semenanjung Malaysia perlu terbuka dan bersedia untuk berkhidmat di mana-mana mana fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Ini kerana Sarawak amat memerlukan sokongan tenaga kerja untuk ditempatkan di fasiliti-fasiliti kesihatan baharu,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bandaraya Miri (KKBM) di sini. 

Untuk rekod, klinik yang telah beroperasi pada 2 Januari lalu untuk memberi kemudahan lebih selesa kepada komuniti disebabkan klinik Jalan Merbau sesak dan sempit. 

Klinik berkenaan juga mampu menampung antara 500 sehingga 800 pesakit selain menawarkan tujuh perkhidmatan iaitu Unit Pesakit Luar, Unit Radiologi, Klinik Pergigian, Unit Farmasi dan sebagainya.

GAMBAR: UKAS