KUCHING: Penerima bantuan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melahirkan rasa syukur sekali gus menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak.
Rata-rata penerima yang ditemui memberitahu bantuan kerajaan itu dapat membantu meringankan beban mereka terutama ketua isi rumah (KIR) yang menanggung ahli keluarga.
Seorang penerima bantuan, Zainal Abidin Mohamad, Kampung No.6 melahirkan rasa syukur kerana layak menerima bantuan SKAS.
“Kami akan menggunakan bantuan itu untuk kegunaan harian selain untuk persiapan menyambut Ramadan bulan depan.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya selepas Program Pendaftaran Sarawak ID & Spay Global di Kompleks Sukan Satok, Padang Slpas di sini, hari ini.
Program Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.
Program itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki dan Pengerusi Penganjur, Abdul Samad Gany.
Zainab Ahmad, Kampung No.4 turut melahirkan rasa syukur kerana bantuan itu dapat membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) seperti dia yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Sarawak (JKM),
Sementara itu ketika ditemui media, Ibrahim Baki berkata lebih 3,000 pemohon di kawasan DUN Satok layak menerima bantuan itu.
Beliau berkata, berikutan itu pihaknya mengadakan program pendaftaran bagi membantu penduduk kawasan sekitar mendaftar permohonan itu.
“Kita menggalakkan mereka yang layak agar datang mendaftar bagi menampung kos sara hidup yang meningkat,” katahya.
Menurutnya, buat permulaan lokasi program diadakan di Dewan Anak Seni Bandarshah, Kampung No.2 dan Kompleks Sukan Satok, pada hari ini dan esok mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
Beliau diiringi Pengerusi Penganjur program, Abdul Samad Gany meninjau ke dua-dua lokasi program.
Ibrahim Baki berkata, mereka mendapati program terbabit menerima sambutan daripada warga Satok.
Menurutnya, program tersebut sekiranya ada keperluan mungkin akan diperluaskan ke Sungai Maong dan Segedup nanti.
Katanya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan hampir RM500 juta bagi memberikan bantuan SKAS tahun ini dan yakin akan ada peningkatan peruntukan itu tahun depan.
