SARATOK: Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada persatuan atau pertubuhan adalah bukan hak individu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sebaliknya peruntukan itu
dikongsi bersama persatuan atau pertubuhan dengan penduduk.
“Kerajaan menyalurkan bantuan ini supaya persatuan atau pertubuhan dapat menganjurkan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada penduduk dan tidak harus disalah guna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan MRP sejumlah RM173,000 kepada 16 pertubuhan, persatuan, kelab dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka di Pejabat Pusat Khidmat DUN Kalaka, hari ini.
