Pesta Agro Sarawak tingkatkan kecekapan, pasaran petani

BINTULU: Pesta Agro Sarawak 2024 diharap mampu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan industri pertanian dan memperluaskan pasaran produk petani tempatan.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, acara itu juga diharap meningkatkan kecekapan serta inovasi kalangan petani dalam pengurusan sumber pertanian.

“Saya juga berharap golongan petani menggunakan platform itu sebagai pemangkin pertumbuhan dan perkembangan,”katanya.

Beliau berkata demikian di majlis penangguhan Pesta Agro Sarawak 2024 di tapak Lapangan Terbang Lama, di sini, hari ini.

Dr Rundi mahu masyarakat petani mengubah corak pertanian yang bagi kegunaan sendiri kepada pertanian moden.

Katanya, ini kerana pertanian moden membawa keuntungan besar, menjimatkan masa, mengurangkan tenaga kerja dan memaksimakan hasil tanaman.