Dewan serbaguna SMK Sebuyau dibina baharu

SEBUYAU: Sebanyak RM500,000 dana diperuntukKerajaan Sarawak bagi membina baharu dewan serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia akan memberi kemudahan kepada warga SMK Sebuyau terutama pelajar dan tenaga pengajarnya.

“Dana berjumlah RM60,000 turut diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini untuk kemudahan penganjuran aktiviti berkaitan,” katanya.

ADUN Sebuyau terbabit berkata demikian pada Majlis Penangguhan Program Seminar Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Sebuyau di sini, semalam.

Mengenai program berkenaan, Julaihi berkata, program tersebut merupakan curahan idea Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membantu meningkatkan motivasi pelajar sebelum menghadapai peperiksaan.

Justeru, beliau berharap kesemua 215 pelajar Tingkatan 5 dari SMK Sebuyau; SMK Sri Sadong; SMK Simunjan No.1 dan SMK Gedong dapat memanfaatkan program itu.