PETRONITA hulur sumbangan kepada NGO

BINTULU: Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas (PETRONITA) menyerahkan sumbangan kepada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, hari ini.

Penerima ialah Persatuan Buah Pinggang Sarawak, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Persatuan Thalassemia Sarawak dan Wad Penjagaan Khas Taska Bintulu.

Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee. Ia merupakan kutipan yuran penyertaan aktiviti PETRONITA Orchid Run and Ride 2024 di tHE Spring Mall Bintulu hari ini.

Seramai 2,500 peserta aktiviti itu terbahagi kepada tiga acara iaitu Larian 10KM, Fun Run 5KM dan Fun Ride 12KM.

Hadir sama Pengerusi PETRONITA Bintulu, Mary Disu, Naib Presiden Kanan LNG Assets, Abang Yusuf Abang Puteh, Naib Presiden Perhubungan Strategik dan Komunikasi (GSRC) PETRONAS, Nooruddin Abdullah dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG,Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi.