Premier Sarawak serikan Rumah Terbuka Aidilfitri MUT

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama lebih 3,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum menyerikan Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Sim Kui Hian, Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri MUT, Dato Sri Julaihi Narawi hadir sama.

Turut hadir Timbalan Menteri MUT (Bekalan Air) Datuk Lawan Lagang dan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Dato Ibrahim Baki.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaikan duit raya daripada kementerian tersebut kepada 40 daripada 100 anak-anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM).

Sumbangan RM3,000 kepada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak turut disampaikan.

Rumah terbuka itu bermula dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian dan anjurkan oleh agensi-agensi di bawah MUT.

Antara agensi terbabit ialah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Sarawak Energy Berhad, Sarawak Multimedia Autority, Lembaga Air Kuching dan Lembaga Air Sibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *