Program Hak Kitak: Edisi Sekolah dedahkah pelajar hak perundangan

KUCHING: Program Hak Kitak menjadi platform untuk mendedahkan pelajar dengan ilustrasi dan usaha meningkatkan kesedaran berhubung hak perundangan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, cara hak tersebut boleh dipertahankan, termasuk penggunaan saluran yang betul jika mereka menjadi mangsa, terutama kes buli.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Program Hak Kitak: Edisi Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini, Fadillah berkata, isu yang dihadapi oleh anak-anak hari ini bukan sekadar buli secara fizikal tetapi juga tekanan daripada ancaman di alam maya yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, jenayah siber dan juga siber buli.

“Oleh itu, matlamat utama penganjuran program berkenaan untuk membuka mata dan minda pelajar agar mereka memahami hak-hak yang dimiliki dari sudut perundangan

“Sebab itulah program seperti ini sangat penting untuk membekalkan mereka dengan ilmu, keberanian dan kesedaran,” tambahnya,” katanya.

Program tersebut anjuran Courts Inn.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil,Pengarah Pendidikan Sarawak Omar Mahli dan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Faridah Abdul Wahab.