SIMANGGANG: Sejumlah RM3.8 juta peruntukan diluluskan Kerajaan Sarawak bagi membina baharu Masjid Kampung Maludam di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini atas keprihatinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Terima kasih kepada Premier Abang Johari yang telah meluluskan peruntukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat berkaitan projek pembinaan masjid Maludam di Wisma SADA di sini.
Dayang Noorazah berkata, pihaknya kini masih memerlukan kos tambahan bagi membina jalan serta parkir di masjid baharu itu nanti dan masih menunggu anggaran kos dari Jabatan Kerja Raya (JKR).
