Projek Surau Kampung Sungai Endot bakal berubah skop kerja

KABONG: Projek bina baharu Surau Kampung Sungai Endot membabit kos RM460,000 di sini bakal terdapat perubahan melalui Notis Perubahan (NOC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, notis ini melibatkan perubahan pada tajuk projek serta skop kerja yang akan dilaksanakan.

“Perubahan ini bertujuan memastikan kesesuaian dan keperluan semasa penduduk setempat dapat dipenuhi secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa pengurusan Surau Darul Taqwa Kampung Sungai Endot, di sini, semalam.

Pada majlis tersebut turut disampaikan geran projek khas kerajaan Sarawak kepada Jawatankuasa Surau Darul Taqwa Kampung Sungai Endot berjumlah RM3,000.