Rektor UiTM, Panglima 1 Divisyen baharu kunjungi Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Panglima 1 Divisyen, di sini, hari ini.

Kunjungan pertama di Pejabat Premier Sarawak terbabit daripada Rektor UiTM Cawangan Sarawak yang baharu dan Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Profesor Dr. Firdaus Abdullah.

Ini bagi membincangkan penyelidikan berkaitan alga serta dasar pendidikan percuma Sarawak, sejajar dengan usaha kerajaan negeri memperkukuh sektor pendidikan dan penyelidikan.

Kunjungan disertai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamad, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Profesor Madya Dr. Saimi Bujang, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Jaringan Industri) Profesor Ir. Dr. Juferi Idris.

Kunjungan kedua daripada Panglima Divisyen Pertama Infantri Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz untuk memperkenalkan diri secara rasmi.

Beliau telah mengambil alih jawatan sebagai Panglima 1 Divisyen Ke-31 daripada Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis.

Turut hadir Pegawai Staf 1 Gerak Lt Kol Andy Herman Rahimi, Pegawai Staf 2 Atur Turus Mejar Mohamad Noyfazdlin Kamarudin dan Lt Amirul Azizi Ramli.