Rombongan Sarawak lawat Taman Burchart

KANADA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai rombongan dari Sarawak melawat Taman Butchart di Brentwood Bay, British Columbia di sini.

Butchart Garden adalah sebuah taman yang memenangi anugerah diusahakan oleh sektor swasta dalam memulihara bekas tapak kuari menjadi sebuah Tapak Bersejarah Negara di Kanada pada 2004.

Taman itu kini menjadi daya tarikan utama pelancongan di British Columbia sambil mewujudkan perniagaan dan peluang pekerjaan. Ia menjadi penanda aras bagi membangun semula dan memulihara bekas tapak kuari dan mungkin boleh dijadikan rancangan bersepadu dalam dasar pembangunan Kerajaan Sarawak.

Awang Tengah ditemani Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan pegawai kanan kerajaan.