DARO: Majlis Berambeh Raya 2025 berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Kampung Pangtray, pagi tadi.
Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.
Ahmad Johnie dalam catatan di facebooknya sebentar tadi mengucapkan tahniah kepada sembilan gabungan persatuan di Kampung Pangtray kerana berjaya menganjurkan majlis sambutan Hari Raya dalam suasana meriah.
“Semoga kerjasama seperti ini terus berkekalan dalam suasana yang penuh muhibah,” katanya.
