Taklimat tapak Hospital Lundu baharu

LUNDU: Sebanyak tiga projek sudah siap dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini.

Projek terbabit ialah naik taraf Jalan Pertanian di Kampung Sebat Dayak, baik pulih Jambatan Bubuk, Kampung Pueh dan Retaining Wall di Tebingan Sungai Sematan.

Manakala, dua projek sedang dalam pelaksanaan iaitu projek naik taraf kemudahan sukan di Kampung Pueh dan naik taraf Dewan Kampung Trusan Jaya Sematan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan melawat lima projek terbabit hari ini.

Beliau kemudian bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni melawat Hospital Lundu, Klinik Kesihatan Sampadi dan Klinik Kesihatan Stoh Rambungan serta mendengar taklimat berkenaan tapak Hospital Lundu baharu.