Tohmahan tidak berasas, Setiausaha Politik Premier buat laporan polis

KUCHING: Sekumpulan Setiausaha Politik Premier Sarawak membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook dikenali “Charles Roger Francis” di Balai Polis Satok, Jalan Nagor, di sini, hari ini.

Menurut Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samat Gany berkata, pemilik akaun Facebook itu membuat beberapa hantaran berbaur fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin Sarawak.

Katanya, ini khususnya Premier Sarawak dan juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

“Hari ini kita buat laporan polis bagi polis buat tindakan sewajarnya, bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),”katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis.

Abdul Samat berkata, mereka juga akan membuat laporan polis sama di seluruh Sarawak termasuk di Sibu, Bintulu dan Miri.

Sehubungan itu berharap orang awam jangan membuat sebarang kenyataan di Facebook yang tanpa asas dan bukti kukuh terutama yang menyentuh kerajaan dan sebagainya.

“Kalau nak buat kenyataan biarlah berhati-hatilah kerana kalau salah, silap dan tidak berasas akan beri kesan buruk kepada yang membuat kenyataan tersebut,” tambahnya.

Beliau juga meningatkan terdapat banyak akta-akta yang melindungi daripada sebarang dan tomahan sedemikian dan pihaknya bersama Pejabat Premier Sarawak juga akan sentiasa memantau perkara ini.