Udang seberat 0.178 kg bawa tuah pada Zainal Abidin Noh

KUCHING: Udang seberat 0.178 kilogram (kg) dipancing Zainal Abidin Noh menjadi johan Pertandingan Memancing @ Waterfront sempena Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) Peringkat Kebangsaan 2024.

Menurut siaran media Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, johan menerima hadiah tunai RM1,000 serta sebuah hamper dan pertandingan itu disertai 30 peserta di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Manakala, naib johan dimenangi Saman Mieso, dengan udang seberat 0.080 kg dan menerima hadiah tunai RM750 dan hamper.

Tempat ketiga pula dimenangi Shaifol Nawi dengan udang berat 0.050 kg dan membawa pulang RM250 dan hamper.

Selain itu diadakan juga Pertandingan Melukis dan Mewarna di Dewan Sekolah
Menengah Kebangsaan St. Thomas Kuching melibatkan seramai 40 peserta untuk pertandingan melukis dan 90 peserta pertandingan mewarna terdiri daripada pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Kuching.