Wanita perlu proaktif ekonomi, sosial

DARO: Golongan wanita khususnya di kawasan ini perlu lebih proaktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, malah wanita memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti setempat.

“Wanita merupakan tonggak utama dalam memastikan kesejahteraan keluarga dan masyarakat serta berperanan menyumbang pembangunan sosioekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Daro di Dewan Masyarakat Daerah Daro, malam tadi.

Penganjuran majlis tersebut sempena mesyuarat agung PPWS Daerah Daro.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan penyampaian hadiah kepada ahli-ahli PPWS yang telah menunjukkan dedikasi dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan sepanjang tahun.

Majlis itu bukan sahaja untuk meraikan pencapaian PPWS Daerah Daro, tetapi sebagai platform l mempereratkan hubungan ahli-ahli serta memberi penghargaan kepada sumbangan wanita dalam pembangunan komuniti.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Daro, Zul Usop , Ketua Polis Daerah Daro, Rahim Mohos, serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).