Waspada kes penipuan pendawaian rumah

SARATOK: Projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) bagi membekalkan elektrik 24 jam kini sedang giat dilaksanakan di Kampung Hulu Perpat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini membabitkan kerja-kerja pemasangan tiang dan kabel elektrik.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat di kampung itu agar berhati-hati penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

“Ada pihak yang melakukan pendawaian di dalam rumah yang meminta bayaran tunai dari pihak pemohon (projek) kerana banyak kes seperti ini sering terjadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama Kaunselor Saee Ason, Ketua Kampung Perpat, Azman Nawi serta tuai rumah Tanjung meninjau projek terbabit di kawasan Kampung Hulu Perpat, di sini, hari ini.

Mohamad Duri sehubungan itu meningatkan penduduk kampung yang pembayaran bil bagi pemasangan meter dan deposit projek itu hanya dibuat di Pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Saya berharap agar projek ALAF yang sedang dilaksanakan di seluruh kawasan DUN Kalaka berjalan lancar,” katanya kerana kos penggunaan generator yang mahal dan membebankan rakyat.