Zaidi Aboon dinobat Raja Ikan Sungai Lingga

LINGGA: Ikan sembilang seberat 2.29 kilogram (kg) menobatkan Zaidi Aboon sebagai Raja Ikan Sungai Lingga sekali gus menjuarai Pertandingan Memancing Regata Lingga di Tebingan Lingga di sini.

Beliau yang mengalahkan 96 peserta pertandingan itu turut muncul pemenang ketiga setelah memperoleh seekor lagi ikan sembilang seberat 1.75 kg.

Sementara itu, Ariffin Aladdin muncul naib johan setelah berjaya menangkap ikan sembilang seberat 1.92 kg.

Manakala, tempat keempat pula jatuh kepada Mohd Shahrizal yang menaikkan ikan sembilang seberat 1.725 kg dan kelima Yakub Maliki berjaya mendapat ikan sembilang seberat 1.72 kg.